Wednesday, June 22, 2011

ANALOGI SEBATANG POKOK

skodeng kat Google

Belajarlah ketabahan dan kesabaran sebatang pokok.
pohon yang besar mempu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan pastinya semakin kuat akarnya.

Sebelum menjadi sebatang pokok yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan serta ganguan dari manusia dan haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.

Muga kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.
seperti ikan di lautan masin, meskinpun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

DIA yang memberi kemudahan di sebalik setiap kesulitan.
Hujan yang turun pasti berhenti,
Badai yang menerpa pasti berlalu.
Begitu juga dengan gelapnya malam pasti digantikan dengan cerahnya siang....

Nota ciput : Mimpi menjadi kenyataan akan mustahil tanpa memetik hikmah daripada ujian

1 comment:

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...