Thursday, June 30, 2011

MUFFIN PISANG MUDAH (VERSI KUKUS)


MUFFIN PISANG MUDAH memang tak menafikan sekali bahawa memang mudah membuatnya semudah namanya.....hanya satu jer boleh cakap....memang lombut, gebuss dan sedap sangat. Tak rugi kalau nak buat. Sesuai banget untuk minum petang sesambil menghirup Kopi O panas paling glemer pun kopi tongkat Ali ke ....memang terangkat....sedapppp i tell u...!!!

Separuh adunan tu kita bubuh coklat chips...nak buat macam mana dah namanya coklat lover...apapun nak jugak bubuh sikit...tapi kite buat versi kukus macam kak CT. Mengikut resepi asal CM bakar. Apapun ianya tak menjejaskan rasa Muffin ini kan...ikut selera dan cara masing-masing.

Resepi asal milik : Dapur Tanpa Sempadan
Sumber dari : Dari Dapur CT

Mohon izin copy & paste ye CM

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bicarbionate teh)*(*disatukan dan diayak)
3 biji pisang emas, dilecek halus - kite guna pisang berangan
1 camca besar mayonnaise
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang - kite tak bubuh 1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola, esen pisang. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Memang mekar sejambak Muffin ni...tersengeh lebor sungguh...!!!

Cer tengok betapa bersungguhnya Akid nak makan siap jilat lagi...itu dah membayangkan betapa sedapnya Muffin ni....Jejaka idaman malaya ni siap cakap...'' ermmm shedap Ummi..'' bangga serta terharu le jugak mendapat pujian fussy boy ni....!!!! (Akid memang fussy bab makanan...)

Nota kononnya ciput :
Anak tupai jatuh longkang
Jatuh sebab terlompat-lompat
Kite buat untuk minum petang
Dah abis pun, nanti cuba lah buat

7 comments:

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...