Friday, June 24, 2011

AL-KISAH TENTANG JODOH


JODOH sepertimana juga rezeki dan ajal maut, semuanya telah ditentukan dan itu adalah ketetapan DIA yang Maha Mengetahui. Namun di sebalik hakikat serta ketetapannya kita kena berusaha dengan carilah jodoh yang baik seperti mana mencari rezeki dengan jalan yang baik.

Siapa jodoh kita...? tampan macan Seth Tan ke...? kaya dan banyak duit macam Bill Gates ke...? atau setan macam si tua miang keladi yang asyik mencari jodoh nak cukupkan korem...

itu semua ketentuan dan milik DIA yang milik kita hanyalah berusaha dengan baik. nescaya DIA tidak akan mengecewakan kita.

Jodoh itu urusan DIA yang telah termaktub di dalam alam rahim lagi. Orang baik berhak mendapat jodoh yang baik namun realiti selalu tidak begitu kerana ada kala DIA menguji seseorang itu dengan cara yang dipilih-NYA.

siapa pun jodoh kita apabila seorang wanita telah dijabkabulkan dengan sah, maka itu adalah amanah DIA bagi si suami.
Amanah DIA yang perlu di bimbing menuju ke Syurga Firdausi. Nasib serta perjalanan hidup dunia dan akhirat berkait rapat dengannya kerana dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita....!!!

'' Beauty is in the eye of the beholder ''
kalau indah di hati akan sentiada melihat keindahan itu ...


Nota kononnye ciput : bersyukur dengan jodoh yang di pilih DIA....walau cabaran terlalu perit namun kebahagiaan akhirnya di beri DIA.


1 comment:

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...