Terdetik untuk menulis blog sendiri ni dengan kadar penulisan yang ala-ala jer bermula bila join satu group kat fb.....
tengok rakan-rakan dalam group semua ada blog peribadi.....
terus angin kemaruk datang macam puting beliung.....
semangat terus ada...maka tercipta lah blog Ummi, Abi & Akidhakimi.....
Kalau di lihat banyak blog-blog yang memamg power hasil penulisannya...tapi kita hanya berfikir untuk usaha ke arah itu.
Bukan senang nak orang suka baca penulisan kita. yang pasti kita tahu bahawa setiap penulisan itu perlu dari hati dan keaslian itu pasti terpancar.
Harapan memang nak semua orang tahu tentang wujudnya blog ini tapi kena berpijak di bumi yang nyata lah kan....
berakit rakit ke hulu...
berenang renang ke tepian,
bersakit sakit dahulu...
bersenang senang kemudian.
Mana boleh terus nak berada di puncak tanpa mendaki ke arah itu....
nak naik kondominium 30 tingkat pun kena naik lif...tekan baru gerak lif tu kan....???
Tapi kita rasa bertuah kerana ada antara blogger popular yang sudi membantu serta beri tunjuk ajar dalam penulisan blog ni.
pengalaman otai-otai kita kena ambil sebagai pembakar semangat dan bukan pencetus sifat iri hati.
Muga minat dalam bidang blogger ni tak sekerat jalan sahaja....selagi boleh cerita apa yang nak di ceritakan...akan terus bercerita....
sekadar coretan harian yang berlaku sekeliling serta kehidupan sendiri....
Kalau ada yang tak suka atau meluat tu....sorry lah ekkk...tak boleh nak buat apa.
Kalau rasa suka teruslah bagi sokongan.
tak dapat nak membalasnya sekadar terima kasih atas segalanya....!!!!
Nota ciput : Usaha itu tangga kejayaan
ada gak otai2 yg msuk blog akak nie....blog sy...x de otai pun yg sudi masuk.....apetah lagi nak polow.....huhuhu....
ReplyDeleteAsyifa : isssjjj..jgn ckp cenggitu. ada jer orang singgah maybe tak tinggalkan jejak. Sabar k & jgn putus asa. Blog kita pun still mentah lagi...byk kena belajar.
ReplyDelete