Tuesday, June 28, 2011

ROTI GORENG



Assalammualaikum....dah sarap belom...kalau belom yok kita cuba menu sarapan yang ringkas dan paling mustajab mudah nak buat...
Yang pasti anak-anak pasti suke kelainan yang dibuat pada roti ni...tak caye...cuba ehhh...!!!!

Bab inti tu ikut kreativiti serta selera masing-masing lah ehh...nak buh sambal boleh, jem boleh...ikut anak tekak owang yang nak makan lah ye...!!!

Ikut anak tekak kite sekarang...tibai sapu sekaya jer...bukan malas, sebab itu jer yang ada dalam fridge.

Jem dah lama abis...botol pun dah kering kite cuci....koleksi botol jem...mana tau duopoloh taun lagi boleh jadik bahan antik....kaya den ..!!! Tak mustahil ape...layan jer lah labu mission impossible anak Pak Talib ni...


Jom layan picture ROTI GORENg ni....kita dah banyak kali buat, cuma baru ni nak letak kat blog..walaupun ringkas tapi rasa not bad tau...


Sumber Resepi :
Hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 8 keping roti
  • Serikaya secukupnya - hana guna inti kacang merah - kite guna sekaya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu makan nori halus @ seaweed - kite tak bubuh sebab tak ade...dan tak pernah guna pun...heehee..
Cara-cara
  1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan tidak berketul (kacau guna whisk lg senang). Buh sedikit pewarna kuning, kacau dan masukkan nori halus.. kacau sebati dan ketepikan.
  3. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya atau apa2 inti pilihan dan potong ikut citarasa. Jika suka boleh buang kerak tepi.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Celupkan roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

4 comments:

  1. alahai kak..meh 2 keping..lapo nie..heheheh!!!!pewut dah bunyik lagu rock dah nie!!hehehe!

    ReplyDelete
  2. ish ish ish asal tengahari je gambo makan asal makan je dah tengahari...ekekeke

    ReplyDelete
  3. siang tadi da datang, tak leh komen. ni mlm dtg lagi. marvellous la roti tu lily. hihi.

    ReplyDelete
  4. siang tadi dtg .. mlm dtg lgi .. sbb nk komen. hihi. marvellous sungguh nmpk roti tu lily. nak sikit. hihi.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...