Tuesday, June 7, 2011

CEMBURU ITU BUTA....!!!!!

Kenapa harus cemburu dengan kejayaan orang lain...???
Kenapa harus cemburu dengan kelebihan orang lain...???
Kenapa harus cemburu dengan kebahagiaan orang lain...???

Cemburu itu buta.....tapi pemilik perasaan cemburu itu tidak buta, miliki pancanindera mata serta mata hati terindah kurniaan-Nya. Perasaan cemburu bagi kita adakala memang perlu untuk mencetus satu semangat untuk miliki apa yang orang lain ada.....tapi biarlah ianya cemburu ke arah yang positif. Cemburu perlu di awasi agar tidak bertukar arah ke Hasad dengki...???? Bahaya kalau terjerumus ke arah itu...mendatangkan satu malapetaka dalam kehidupan...!!!!!

" Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada orang yang dihasad. Ia umpama api yang membakar. Sebelum dia membakar orang lain. orang yang hasad itu akan membakar dirinya terlebih dahulu...''


Nota ciput : Cemburu positif umpama kuasa pengerak untuk berjaya namun tak semua orang miliki cemburu yang positif.....kenapa ekkk...????


1 comment:

  1. saya selalu cemburu buta jgk..kat encik som..caner?

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...