Monday, June 27, 2011

NASI AYAM PENYET

Hoooreyyyy...!!!! kita dah boleh masak. Jom tengok apa kita masak kali ni setelah sekian lama dapur tak berasap...nasib baik masih kenal bawang, belacan bagai ekk...!!!

NASI AYAM PENYET resepi pilihan uttuk santapan sekeluarga hari ini. Selalu dengar jer owang makan nasi tu dan belum pernah cuba....skodeng resepi sekali terjumpa daaa....apa lagi sepantas kilat nak mencuba.

Mohon izin copy & paste ye...kita kongsi-kongsi ehhh...sharing is caring...!!!
Sumber resepi : KURNIAANMU @ ARAH

Bahan2 -
Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan - (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.- Kita sukeeee sambal ni ...memang sedap ...mabelesss...!!!!
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.>> ikut resepi mcm buat sup tu jerr :D

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. -

  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi- yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie. kite polo resepi nasi pn Ika ni

  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan - kite masak 3 cawan beras - guna beras basmathi
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) - kite gune 6 cawan air rebusan
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam*


Nota ciput : semangat nak masak nehh....nantikan marathon resepi nanti tau..!!!


4 comments:

  1. dtg bwk pinggan ni nak mintak sikit nasik ayam penyet hehe lapar

    ReplyDelete
  2. dengkiiiiiiiiiiiiiiii....mana aci dok tunjuk je

    ReplyDelete
  3. mcm complicated jer kak lily huhu.. byk step eh....

    ReplyDelete
  4. Mama Likha - lebih kurang mcm nasi ayam jerk..cuma ayam tu banyak kerja sikit lah. bahan nak buat pastu perap. Tempe & tauhu tu kalau nak buat, kalau x nak pun x pe.
    sambal senang jer...goreng pastu blend jer...
    Nasi masak mcm nasi ayam jer.
    buat laa..sedap tau...sambal dia ada kelainan.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...