Tuesday, June 28, 2011

BOIKOT

BOIKOT Astro....satu isu yang hangat sekarang ni, tak tahu nak komen apa...perlu setuju atau tidak...??? terpulang pada pendirian serta penerimaan masing-masing.

Pada kita biasanya apabila ada cadangan boikot, sesuatu barangan itu akan menjadikan ianya lebih laris dan di sukai ramai. teringat pada suatu ketika dahulu....cadangan memboikot akhbar tertentu. Kesannya akhbar berkenaan semakin laris malah kewujudan akhbar itu masih teguh...

Pendek kata, di Negara kita ni seruan atau cadangan memboikot tidak pernah berkesan lebih-lebih lagi kalau sesuatu bahan itu di anggap satu kepentingan... entahlah nak cakap pun susah....senang kata tepuk dada tanya iman masing-masing...!!!

Walaupun pada dasarnya memang tak patut pihak Astro buat sesuatu yang menjerut leher penguna namun agak keliru tentang isu ini kerana ianya terus mendapat perhatian serta sokongan padu Kerajaan...namun bila isu kenaikan minyak atau barangan lain....kerajaan tidak pulak membantu atau membantah sekeras-kerasnya dalam perkara itu....hanya mengatakan bahawa kenaikan itu perlu untuk ekonomi Negara...!!!!

Atau mungkin Astro bukanlah penyumbang besar dalam ekonomi Negara yang menyebabkan isu ini terus mendapat tempat di Parlimen...???? Yang pasti mereka dan mereka yang tahu apa jua agenda sebalik agenda yang terus di perkatakan ini...!!!

BUKAN ANTI KERAJAAN sekadar, luahan pendapat seorang suri rumahtangga yang keliru tentang soal boikot memboikot ini...apa pun biarlah ianya dilakukan berlandaskan membela nasib rakyat bukan ada udang di sebalik batu...

Tidak membantah malah tidak jugak menyokong dalam isi boikot Astro ini...hanya yang pasti mengharapkan agar ianya selesai dengan membawa pulangan terbaik untuk semua pihak....


Nota ciput : Kalau isu ini berkesan...piring Astro tu agak-agak boleh di buat goreng ikan tak...??? Non-stick lagi tu...!!!!!

6 comments:

  1. Tk phm sgt dgn issue ni... Tp part yg nk buat koli non stick tuuu hahaha gud idea!! :D

    ReplyDelete
  2. terpulang pada hak masing2 kannnn
    amik astro pon sebab nak gambar clear je betul tak

    ReplyDelete
  3. Mama Likha - heehee...gojes erkk...!!! gojes merapu..

    Risa : Yup...tepuk dada tanya iman dan buat keputusan sendiri...tak der owang paksa langgan & x der owang paksa terminate...tak gitu..???

    Oshin : boleh erk...haahaa..

    ReplyDelete
  4. hehe tina mmg tak langgan astro pun sebab rasa rugi asyik dok ulang siaran yang sama je, lepas tu makin lama makin mahal =)

    ReplyDelete
  5. sy mmg xde siaran kalu x pakai astro...xpaham nape...lgpun habib mmg tgk astro disney junior...xkan nak paksa dia tgk citer yg dia xpaham kan...
    sy setuju yg pasal kerajaan perang astro sbb dieorg xdpt pape tu...kalu brg lain naik pandai lak diam...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...