Wednesday, June 15, 2011

MARAH itu mudah....SABAR itu indah...!!!!

Selagi jantung ini berdegup...selagi nyawa dikandung badan selagi itu lah dugaan serta cabaran kehidupan akan dihadapi....bukan mudah untuk menggapai bahagia tanpa disakiti....namun realiti tidak seindah mimpi....manusia ini macam-macam ada....yang baik dan terlalu baik, yang pura-pura baik, yang suka mngikut ikut orang macam lalang...bak kata macam-macam ada...pilih jer nak perisa yang macam mana untuk mewarnani kehidupan...

Tidak dinafikan kita sendiri dah puas menerima hinaan, kutukan, celaan malah dikhianati bukan sahaja dari orang-orang yang kita tidak kenali malah insan rapat dalam hidup kita sendiri....kalau diri kita 10-12 tahun dahulu mungkin kita akan membalas setiap perbuatan dari segi fizikal mahupun percakapan yang boleh dianggap menyakitkan hati orang yang menyakiti hati kita.....tapi kita sekarang bukan Lily Talib yang dahulu....pengalaman mengajar kita....bertindak mengikut akal fikiran dan bukannya nafsu...

Memang mudah untuk mempertikaikan kesilapan orang lain tanpa menunjukkan keburukan diri sendiri tapi adakah itu yang membahagiakan.....pada kita tidak...kita dah lalui semua keperitan dah pernah mempunyai sifat-sifat sakit hati, nak lebih, tak boleh menerima pendapat malah pemarah pun pernah....tak dapat untung pun dengan cenggitu...merana lagi adalah...namun kita bersyukur kerana pengalaman suka duka kehidupan sendiri benar-benar membuka mata serta mengajar kita erti SABAR dalam menghadapi turun naik kehidupan...mengajar kita untuk menjadi dewasa dalam erti kata sebenar...

Memang mudah memberikan nasihat mahupun pandangan.... bak kata pepatah '' bahu yang memikul lagi terasa bebannya dari mata yang memandang '' posisi orang yang teraniaya lebih sakit dari yang menganiayai namun pada kita pelajaran yang paling baik dan berharga adalah pengalaman sendiri....

Hidup ini singkat dan terasa rugilah mensia-siakan dengan mencari silap orang lain kerana dengan satu jari menuding ke arah orang lain, empat jari menuding ke arah diri sendiri....as for me akan cuba membahagiakan orang sekeliling dengan cara yang terbaik...namun untuk menyenangkan semua orang bukanlah satu perkara yang mudah...apapun cuba melakukan sesuatu yang tak menyakiti hati orang agar diri kita tidak disakiti...bukan semua orang boleh menghargai diri kita....bukan semua orang boleh suka dan menerima kita seadanya...tak mustahil apa yang diberi...itu yang akan diperolehi...itu lumrah putaran hidup...!!!!

Tetap berpegang pada satu....
Segala kejadian pasti ada hikmahnya....
'' Jika manusia tidak menghargainya...tidak mengapa kerana DIA pasti membalasnya...dan tentunya balasan dari-NYA lebih baik dan kekal...''




6 comments:

  1. Thanks al-hakim...

    ReplyDelete
  2. betul tu..besederhana lah dalam semua hal
    tak perlu mengharap bulan dan bintang
    kelak kite yg makan hati..saye pon selalu disakiti..dulu dan kini saya bangkit dengan hati yg sedikit keras dan garing:)

    ReplyDelete
  3. Betul tu risa...kita jagi garing dan keras utk kebaikan bukan kemusnahan...pengalaman sendiri adalah guru serta panduan terbaik untuk ke arah yang lebih baik...antara nak belajar dan tidak sahaja penentu hala tuju seterusnya...tak gitu...??

    ReplyDelete
  4. yelah betul tu..hehehe
    suke lah...sejuk sangat hati rasanya

    ReplyDelete
  5. ingatlah what u give, u get back..huhu

    insyaAllah balasan Allah yang paling indah :)

    #155..feel free to follow me too ^_^

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...