Wednesday, April 6, 2011

TIADA MAAF BAGIMU...

MAAF....bukan semua orang boleh memaafkan dan menerima maaf seseorang...ungkapkan TIADA MAAF BAGIMU mungkin selalu kita dengar atau sesekali kita ungkapkan pada seseorang....bagi diri kita pun belum tentu boleh menjadi pemaaf serta memaafkan orang setiap masa...sebab untuk mempunyai sifat-sifat sebegitu...hati kena kuat dan tabah. Kita akui kita tak sekuat dan setabah itu...

Mungkin kekuatan dan ketabahan itu tidak kita miliki kerana hati pernah di lukai...perasaan pernah di guris...kepercayaan pernah dikhianati, keikhlasan pernah diperkotak katikkan....wahhh...macam ngajukkkk jerr.... eehh....tak lah...hanya berkongsi apa yang kita alami dan rasa... kita rasa semua orang pernah alami, mungkin dengan cara dan situasi yang berbeza.....betul takkk...?? Nama pun asam garam kehidupan...

(Jangan memain...heart broken tuuu.......al-konon lah ye...)

Pada kita orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah membuat salah padanya adalah orang yang HEBAT....!!! sebab tak semua orang yang sanggup menundukkan ego dan ada kala terlalu sombong untuk melakukan perkara itu....termasuklah kita....amboiii.... pengakuan bertulis kita ni....boleh jadi bahan bukti kat mahkamah ni.....waaakaaakaa...

Sampai sekarang kita sedang berusaha sekeras-kerasnya untuk menjadi insan pemaaf walaupun ada ketika rasa macam tak boleh nak menghulurkan atau menerima kemaafan....mungkin sebab jiwa dan hati kita belum bersih dan suci sepenuhnya....kira macam suci dalam debu lah ni yee...

Memang mudah untuk meminta maaf tetapi pada kita belum tentu semua orang termasuk lah diri kita sendiri untuk menerima maaf....kenapa ye...???? Apapun hanya empunya diri sahaja yang tahu kenapa tidak mudah memohon atau menerima maaf....

Apa yang kita cuba lakukan untuk menjadi insan pemaaf adalah... dengan senantiasa mengingati Allah SWT, berdoa muga disabarkan hati, bersangka baik, cuba fikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah, jangan asyik nak menang dalam setiap perkara dan cuba mengingati kebaikan orang terhadap kita, sedikit sebanyak mengajar diri kita agar menjadi insan yang pemaaf....InsyaAllah.

Semuga dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sifat bermaaf-maafan antara kita...dan semuga diri kita dan semua orang akan menjadi insan yang pemaaf....

Muhasabah diri menjadi amat penting dalam hidup seseorang, supaya hari-hari yang dilalui menjanjikan hari yang lebih baik dari sebelumnya....InsyaAllah...

** Hari ini kita memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesilapan pada kita secara sengaja atau pun tidak...walaupun orang itu tidak pernah atau tidak mungkin memohon maaf dari kita.........alhamdulillah, kita dah lama memaafkan.......**

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...