Monday, February 13, 2012

IKAN TOGOK BAKAR BEREMPAH WOKU

IKAN TOGOK BAKAR BEREMPAH WOKU ~~ ya ampun....memang sedap sangat dan kena sangat² dengan selera kite. Siap tuan tanah cakap, lain kali nak makan ikan bakar tak payah g kedai, masak sendiri jer......kalau macam ni Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur, Kuantan boleh tutup kedai ni....heehee.....seyes cakap...sedap uuuuuuuuuu....tak caya try tengok.

Kite pun tergoda setelah baca entry Kak Ummi Kuantan berbunyi cenggini ==> alahaaiiii....two thumbs up!!! Sapa dah buat rasa x sedap, meh bgtau akak...akak bagitau editor buku ni..hehe... so kalau sesiapa yang mencuba kata tak sedap...sila info Kak Ummi ye....tak pun mesti tekak empunya diri tengah demam masa cuba resepi ni....buleh gitu...?

Kite guna ikan togok, ikan ni seakan-akan ikan sebelah sebab badan dia dua warna tapi ikan togok ni agak tebal dan besar. Sedap dan isinya halus sangat. Okey jom intai resepi best ni....cuba try test tengok....tak rugi yeop...!!!

Sumber Resepi : Kak Ummi Home Sweet Home
Resepi Asal : Majalah Sedap
IKAN BAKAR BEREMPAH WOKU - (*note: sangat sedap)
Bahan-bahannya :-
2 ekor ikan siakap - kite gune ikan togok - dikelar-kelar.
2 sudu teh air perahan limau kasturi
1 sude teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - dibuang tengah dan hiris halus
4 helai daun pandan - dihiris halus
2 helai daun daun kunyit - dihiris halus
3 batang serai - amek putihnya dan dihiris halus
2 tangkai daun selasih - ambil daunnya
2 biji tomato - dipotong dadu
250ml air
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
3 sudu minyak untuk menumis

Bahan Kisar halus :-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah
5 biji buah keras - dibakar sekejap
2cm halia - bibakar sekejap
3cm kunyit hidup - dibakar sekejap

Bahan pelengkap :-
Daun senduduk secukupnya - kite tak guna sebab x der stock
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai daun selasih
6 biji cili merah - hiris untuk ditabur
2 tangkai daun bawang - untuk ditabur

Caranya :-
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  • Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  • Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  • Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  • Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  • Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  • Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  • Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  • Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
Ini le rupenya Ikan Togok, maybe lain tempat lain namanya.

2 comments:

  1. meleleh air liur tgk lauk ni..tggu r daun selasih sy besar nnti..akan ku cube resepi ini..hehehe

    ReplyDelete
  2. okey, dah siap copy resepi dah haha, esok nak carik ikan kat pasar mlm

    punya dahlama nampak tapi tak pernah ada hati nak tgk resepi, nanti nak try lah

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...