Tuesday, August 14, 2012

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA MANIS ~~ antara my peberet sepanjang zaman dan sudah tentunya suka sangat sebab aii ni memang suka kuih² lama ni....kira segala macam kuih lama aii punye peberet. Memang dah lama x buat kuih ni so ari ni terdetik nak buat takkala terpandangkan acuan pemberian kenalan di FB iaitu Maiza. Acuan tu belum dirasmikan lagi setelah berbulan² tersimpan kat dapur cenonet ku itu....kira ni perasmian acuan lah ni ye...alhamdulillah tak lekat acuan tu. Molek kejadian kuih cara ni...TQ Maiza ye...kenangan tu.

Senang jer nak buat dan sedap tau...jom cuba. Bancuhan ni banyak jugak dapat ye so kalau rasa² nak sikit rasanya buat 1/2 dari resepi jer ye...aii bagi kat jiran tadi so berbaloilah kalau ikut sepenuhnya resepi ni...
Sumber resepi : Spices Journey ~~ TQ Shiela
Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
5-6 helai daun pandan
1 biji telur size A
1 sudu marjerin - kite guna butter
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau - kite guna pandan emulco
Gula secukupnya
Butter untuk sapu kat acuan

Caranya :-
  • Blender daun pandan bersama santan cair. Tapiskan.
  • Satukan tepung, santan, telur, garam, pandan emulco, butter dan blend hingga halus.
  • Panaskan acuan dan lenserkan dengan sedikit butter/marjerin. Tuangkan adunan, tepung 1/2 acuan letak gula dan penuhkan bancuhan tepung dan tutup dengan penutup periuk.
  • Biar masak seketika. Angkat.


Monday, August 13, 2012

SOTONG BEREMPAH ROSEMARY

SOTONG BEREMPAH ROSEMARY ~~ geram tengok sotong besor² kat pasar tadi. Terus terbayangkan sotong goreng tepung. Beli sekor jer sebab besor bapok sotong tu....kira yang kite amek tu boleh dikatakan bersize kecil dari longgokan sotong lain....so bayangkan besor mana sotong tu k......makan ber-3 kira sedang molek lah sekor kan....bukan save budget tapi tak mahu membazir....x bagus....heehee...


Jom intai resepi mudah lagi senang, main campak² jer...versi UmmiAkid...
Bahan-bahannya :-

1 ekor sotong bersize agak besar - cuci dan potong bulat.
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 sudu besar Rosemary
1 sudu kecik serbuk paprika
1/2 camca teh lada hitam biji - dikisar halus
Minyak untuk goreng terendam

Caranya :-

  • Sotong dibersihkan, asingkan kepalanya dari badan, buang kulit luar sotong tadi, kepala sotong dibuang dakwat, buang mata dan kerat bulat². Ketepikan.
  • Satukan  tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, serbuk paprika, rosemary, lada hitam dan sedikit garam Pukul telur dan celup sotong ke dalam telur dan gaulkan  sotong ke dalam tepung tadi. Ratakan balutan tepung.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran atau pun makan begitu sahaja bersama lauk pilihan.
    Selamat menjamu mata dan selamat mencuba ok..!




Saturday, August 11, 2012

KAD RAYA ~~ SO TOUCHING!!!

KAD RAYA ~~ bertahun² dah tak terima kad ucapan Hari Raya seperti ini, hari ni kite terima kad ni dari seseorang yang hanya dikenali di alam maya. Kiriman yang membuatkan hati ni tersentuh atas ingatan tulus ikhlas yang tak di duga ni.....benar² buat air mata ku menitis jua tanda kegembiraan atas kiriman kad raya ni utamanya yang warna hijau tu dari seseorang yang nun jauh di sana....di sana....TQ dear...♥

Mungkin biasa bagi orang lain bila menerima Kad ucapan sebegini....namun bagi kite iannya sesuatu yang istimewa....bukan pemberian yang diharapkan namun INGATAN itu yang amat bermakna bagi kite sekeluarga....yang tak boleh di nilai dengan apa jua..!

Tak lupa jua a spesel gift untuk Akid dari pengirim kad raya hijau tu....something yang buatkan Akid senyum hingga ke bulan, teruja dan riak wajah yang happy sangat dapat FM kartun kegemarannya Mickey Mouse....ader pulak namanya tertera di situ......so bayangkan sendiri kegembiraan di wajah Akid.....!

** Kad raya coklat tu kiriman dari seseorang atas urusan kerja....TQ **

Friday, August 10, 2012

BISKUT SARANG SEMUT

BISKUT SARANG SEMUT ~~ projek with ♥ sista Shita last week....mood nak buat sekut raya benornya tak ader...tak tahu kenapa...? maybe insan tersayang tak ader di sisi kot or maybe malas lah tu penyebabnya. Teramat sedap dan memang puas hati. Selama ni tak pernah buat sendiri sebab tak tahu skill dan rahsia² tertentu malah tak suka dengan sekut sarang semut ni....itulah benar bagai dikatakan....tak kenal maka tak cinta....sekali dah kenal...fallen in love terus....pengsannn...!

Anak teruna aii pun suke sangat sekut ni....ber cup² sekali hadap....memang sedaplah tu sebab fussy boy ni kalau x sedap dia kata x sedap tau....juri yang amat² boleh dipercayai....tak gitu..????
Sumber Resepi : Kak Hanieliza's Cooking
Bahan-bahannya :-

250 gm butter - kite guna Emborg butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan :-
Sedikit coklat rice - kite guna kaler rice
sedikit manik gula kecil (warna-warni) - tak bubuh
secukupnya paper-cup kecil

Caranya :-

  • Pukul kembang butter dan gula.
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
  • Masukkan tepung dan gaul rata.
  • Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper-cup.
  • Taburkan kaler rice dan manik gula kecil.
  • Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Sunday, August 5, 2012

ASAM TUMIS TEMPOYAK

ASAM TUMIS TEMPOYAK ~~ dah lama x masak menu yang gunakan tempoyak ni. Keinginan tu datang menjelma setelah tengok kat blog CMG, mengoda sungguh dan kebetulan stok tempoyak pun ado lagi so....teruskan le projek ni. Senang jer nak buat dan x makan masa yang lama pun....
Lauk cenggini kalau makan dengan nasi panas² memang bestlah, ada pulak ikan kering atau ikan perkasam....ermmmm memang diet ke laut le jawapnya.
ASAM TUMIS TEMPOYAK
Sumber resepi : CMG @ Tiffinbiru
Bahan-bahannya :-

3 - 4 keping hirisan ikan tenggiri - Kite goreng dulu tapi jangan garing sangat.
3 papan petai, ambik isinya - Kite tak letak
1 biji timun - kite guna timun jepun
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
Garam dan sedikit gula
1/2 kiub ikan bilis (optional) -Kite tak letak
Air secukupnya

Bahan kisar halus :-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi merah jenis kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup

Caranya :-
  • Ikan dicuci bersih dan toskan. Gaul garam kunyit, Kite goreng dulu ikan tu tapi jangan garing sangat. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, masukkan tempoyak, kacau rata dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  • Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan). Kacau rata dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan petai, kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan. Biar masak sekejap dan tambah timun. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak hingga timun lembut dan ikan tadi masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
Jom cuba dan bagi pengemar tempoyak, lauk cenggini memang best lah sangat, kalau x makan or suka tempoyak.....sila jamu mata je ye....babai..!



Thursday, August 2, 2012

HADIAH ISTIMEWA DARI DAPUR CT ~~


Firstly sekalung TAHNIAH buat Kak Ct Delima atas kejayaan terbitnya buku  masakan Istimewa pemanis mulut....bangga kan bila lihat kejayaan blogger² hebat seperti K.Ct...berbaloi segala usaha, penat lelah memasak, sesi amek gambar, segala macam penyediaan dalam menghasilkan gambar² yang cantik dan pastinya masakan yang sedap....bukan senang kan...
Amat² terharu menerima kiriman dari K. Ct Delima....TQ sis dan saya doakan muga sis terus berjaya dalam apa jua yang sis lakukan. Kejayaan sis ni pencetus semangat saya. Tak sangka tau dapat buku ni....happy dan teruja...kalau nak resepi best² boleh terjah blog K.Ct Delima

Tuesday, July 31, 2012

IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI

IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI ~~ iftar hari ke-10, serba ringkas dan senang sangat nak buat. Tapi serius cakap memang sedap dan amat² menepati selera aii ye....makan berlauk ni sahaja dan bertemankan nasi panas² memang boleh buat diet ke laut tau....selalu puasa² ni memang kite suka masak yang ringkas² dan senang nak buat dan yang penting menambah selera makan dan tidak membazir....

Sumber Resepi :- Masam Manis
IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI
Bahan-bahannya :-
4 keping ikan tenggiri
Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit
Kemudian goreng hingga kuning keemasan
angkat , toskan minyaknya dan ketepikan

2 batang serai ~ dititik
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-
10 tangkai cili padi - ikut kepedasan yang disukai ye. Kite letak dalam 15 tangkai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai ~ ambil bahagian bawah sahaja - kite letak 3 batang
Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air

Caranya :-

  • Ambil 2 sudu besar minyak daripada baki mengoreng ikan tadi, tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum. Kemudian masukkan serai yang telah dititik. Tambahkan air asam jawa secukupnya, biar hingga kuah merenih.
  • Masukkan lada hitam dan kiub ikan biar didih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan ikan yang telah di goreng tadi, masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit
  • Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan lada
  • Sedia dinikmati bersama nasi

Kalau nak pedas atau nak tak nak pedas, cili padi tu agak² lah ye...bagi kite ni dah cukup molek dan kena dengan selera. Makan ketika bersahur pun....boleh layan tekak ni...

Monday, July 30, 2012

ASAM REBUS KANGKUNG

ASAM REBUS KANGKUNG ~~ tak pernah terfikir nak buat kan...?? selalu kalau kangkung kite goreng belacan jer tapi setelah baca blog KC dan teringin pulak nak buat. Kalau asam rebus tu antara peberet aii so nak rasa pulak penangan kangkung bila di asam rebuskan.....best dan satu kelainan kalau nak tukor² selerakan....makan memang laju jer...!!


Thanks KC sebab ketengahkan menu ringkas ni, sesuai bagi yang malas macam aii ni...haahaa...tapi yang penting ado ikan goreng panas², sambal belacan, ikan kering.....fuhhhhhhh berpeluh makan, nasi dalam periuk sure kosong...ni aii lah ye...!

Bahan-bahannya :-
Kangkung
Bawang merah
Cili api - ikut tahap pedas yang di sukai
Belacan
1 batang serai - di titik
Kunyit serbuk - kite guna kunyit hidup
Ikan bilis
Asam keping
Garam

Caranya:-

  • Tumbuk kesemua bahan kecuali kangkung, asam keping dan garam.
  • Satukan di dalam periuk berisi air dan rebus. Masukkan asam keping dans serai.
  • Perasakan garam dan masukkan kangkung.
  • Sedia untuk dinikmati.


Friday, July 27, 2012

TORTILLA AYAM


TORTILLA AYAM ~~ juadah sampingan berbuka atas permintaan lalink ku yang kekunun x moo makan nasi....diet le tuuu..! Amat simple dan mudah sangat nak buat, tak perlu berpeluh² kat dapur dan boleh buat 10-15minit sebelum berbuka asalkan siap sedia semua bahan....menu ni memang sesuai bagi yang tak nak makan berat² ketika berbuka dan berkhasiat jugak kan...

Bahan-bahannya :-
Beberapa keping roti Tortilla - aii beli segera punya kat Giant jer.
Isi ayam bahagian dada - dihiris nipis

1 sudu kecil ketumbar - tumbuk halus
Kunyit serbuk
Garam
Bahan sampingan :-
Salad
Hirisan timun
Tomata
Hirisan bawang
sos thousand island
Cili sos


Caranya :-
  • Ayam digaul bersama kunyit, garam dan ketumbar dan digoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.
  • Tortilla dipanaskan sedikit menggunkan non-stick pan. Letakkan daun salad, hirisan timun, tomato, bawang dan isi ayam.
  • Tuangkan sos kegemaran dan lipat seperti gambar diatas.
  • Sedia untuk dinikmati.

Wednesday, July 25, 2012

AYAM KICAP JINTAN-LADA PUTIH

AYAM KICAP JINTAN -LADA PUTIH~~ menu ringkas berbuka semalam dan antara lauk peberet Akid sebab ada kicap. Resepi kita amek dari blog Kak Ummi Kuantan, thanks sis sebab share resepi ni....satu kelainan sebab bubuh jintan kan....siap ber YM tanya jintan manis tu yang kasar ke yang halus....haaaa...malu kan, itu pun x kenal. Bukan apa kite selalu panggil kasar halus jer....so skg kena ingat manis tu kasar, putih tu halus....haiyaaa....!


AYAM KICAP JINTAN-LADA PUTIH
Sumber Resepi : Kak Ummi @ Home Sweet Home
 
Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan, toskan.
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia * (bahan * ditumbuk lumat)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis # - kite letak 2 sudu
1 sudu teh lada putih biji # (bahan # dikisar kering)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 cengkih
sedikit air
gula (optional) - tak letak
garam secukup rasa
minyak masak

Campuran Sos : -
3 sudu besar kicap pekat ABC
3 sudu besar kicap pekat manis biasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili

Sayuran :-
sedikit bunga kobis
sedikit brokoli
1/2 batang lobak
1 biji tomato - belah 6 - tak letak
Cili padi - dibelah 2 - kite tambah
1 labu bawang besar - potong bulat - kite tambah

Caranya :-
  • Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya...perap 10 minit dan goreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak dari kuali dan gunakan lebihkurang 3 sudu besar lebihan minyak tadi dan tumis rempah 3 sekawan (k.kayu manis, lawang dan cengkih) dan diikuti bahan yang ditumbuk, kacau biar naik bau sebentar.
  • Masukkan cili kering, lada sulah dan jintan yang dikisar tadi. Masukkan kesemua bahan sos dan kacau rata sebentar, masukkan sedikit air jika perlu.
  • Masukkan ayam. lada dan bawang hiris dan kacau rata sebentar.
  • Akhir sekali masukkan sayuran, kecuali tomato. Seimbangkan rasa.
  • Tutup api dan masukkan tomato yang dibelah tadi, gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...