
Tak yah celoteh panjang lah ehhh....skodeng jer resepi nasi ayam Ipoh yang memang mabeles...!

Ayam Bakar atau Goreng :-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
Caranya :-
- Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
- Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk, kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
- Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
- Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Sup Ayam :-
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

- Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga didih.
- Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ketepikan ayam.
- Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
- Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa. Masak hingga didih.
- Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
Caranya:-
- Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi dan kisar halus.
- Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan
Caranya :-
- Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
- Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

olala, sedapkan kak, tina suka sup dia, special sangat
ReplyDelete