Tuesday, April 3, 2012

AGAR-AGAR SUSU BERLAPIS

AGAR-AGAR SUSU BERLAPIS tertarik menarik bila terlihat kat blog kak Ct Delima terus tengok bahan² kat dapur.....semua ada...terus le jalankan operasi....heehee....walaupun lapisan tu terhasil tidak seperti yang di gambarkan namun masih tetap menarik di mata kite....(ayat sedapkan hati ni sebab jeles nengok hasil yang gojes dari Kak Ct....)

Agar-agar ni sedap dan lemak susu tu terasa kat tekak bila makan. Sesuai sangat dengan cuaca kat Kuantan yang seakan² nak mengaringkan lagi kulit ku yang dah tersedia garing ni......kuar peti ais....waaalahhh...nyaman tau....tak caya...try buat....cuma teruna idaman Malaya ku sorang tu yang lapisan kaler² tu x moo makan...Akid makan yang lapisan susu tu jer....fussy boy ni memang cenggitu....!

Sumber Resepi : Kak Ct Delima
Bahan Lapisan Susu :
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila

Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.



Bahan Agar² Berwarna :-
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai

Cara-Cara :
  • Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. Asingkan 2 1/2 cawan dan masukkan sedikit saje pewarna pink dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
  • Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil² yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku. Dan bila sudah beku potong kecik².
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar² pink dan dimasukkan agar² warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak² keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
  • Bila adunan agar² pink dah hampir keras letakkan lagi baki agar² susu tadi. Bekukan dan boleh dimasukkan dalam peti ais. Hidang semasa sejuk.
* Nota * Bila lebihan agar² susu seakan nak pekat, bolehlah tenggekkan lagi atas api sebentar.

8 comments:

  1. salam ziarah..
    alahaiii cantiknya..syg nak makan..klu cantik mcm tue,..:)

    ReplyDelete
  2. wah best ni, bahan ada tapi malasnya nak buat hehe

    ReplyDelete
  3. Suraya - try lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah Zila 4ever - boleh lah cuba nanti. Tq...

    ReplyDelete
  5. Tina - boleh lah cuba nanti. Tapi next time kalau akak buat kena tambah air sikit...sebab agar² ni mcm mengkal sikit. Akak kalau agar² suka lembut sikit...tapi dari segi rasa x mengecewakan pada selera akak lah...

    ReplyDelete
  6. Leily Ummi Alia - boleh jer...trylah nanti. Harap sesuai dengan citarasa Leily...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...