HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES ~~ dalam last week banyak sangat terbaca post² tentang Hokkaido cipon cupcake ni so hati pun mengediks nak buat.....godaan menjadi² bile nengok kat blog Spices Journey.....tak menahan hati terus cari bahan dan mengodek terus. Alhamdulillah menjadi dan memang benar bagai di kata.....SEDAP sangat². Tak rugi buat....lembut dan kena pulak manis² custard tu....errmmmm.....lazat!
Jom² intai resepi dan terus buat....jangan tangguh². Tak akan menyesal ok...Akid yang fussy pong 2 ramekin sekali hadap tau...mmg speechless nengok Akid makan....laju jer....kira sesuailah dengan selera fussy Akid ni...so pasti akan ada ulang tayang lah resepi ni kat rumah UmmiAkid nanti....
Sumber resepi : Spices Journey
Bahan-bahannya :-
4 biji Kuning telur
30 gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla ekstrak
40 ml Susu Segar
40 ml Minyak Jagung
55 gm Tepung Cake - Superfine
20 gm Tepung Kastard
1 sudu kecil Baking Powder
4 biji Putih Telur
1 sudu kecil Cream of Tartar
80 gm gula Castor
Caranya :-
- Panaskan oven pada suhu 170 C selama 20 minit. Sediakan 8 biji ramekin bersaiz besar. Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
- Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali. Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk. Tambahkan vanila ekstrak atau esen, susu, minyak dan pukul rata.
- Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
- Dalam bekas lain ~ Pastikan bekas berkeadaaan kering. Pukul putih telur dan Cream of Tartar hingga berbuih
- Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).
- Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
- Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 90% penuh. Jangan risau kalau cam penuh sangat, sebab kek ini akan naikkk dan turun balik sedikit selepas dimasak. Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
- Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing.
- Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit pintu oven dalam 10-15 min dulu bagi dia sejuk perlahan lahan. Jika tidak nanti kek itu akan kecut atau menurun mendadak. Selepas itu baru keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling custard kedalamnya dengan menggunakan pipping bag dan nozzle yang bersesuaian.
FILLING CUSTARD
Bahan-Bahannya :-
2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter
Caranya :-
- Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.
- Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantek pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata.
- Sejukkan sebentar custard yang telah siap dimasak. Kemudian masukkan ke dalam piping bag bernozzle dan cucuk ke dalam kek yang telah sejuk, picit masuk ke dalam tengah kek tu sebagai fillingnya.
- Selamat Mencuba...
Assalam Lily.. Maseh kerana sudi mencuba.. Cantek sangat.. Sedap kann.. :)
ReplyDeleteWsakam...Tq Shiela sebab share resepi. Memang sedap sangat dan yang best anak saya yang fussy suke makan. Berbunga² hati bila anak suke.
Deletekita pun tak perna lg buat hokkaido chiffon cc nie.. mmg nampak sedap... tambah2 lg ada bubuh tepung kastard.. suka sgt makan...
ReplyDeleteAlhamdulillah...mmg sedap dan menepati selera keluarga. Tq Melly sebab sudi singgah blog saya...terharu.
Deletewahhhhhhhhhh, sedapnya
ReplyDeleteTina ~alhamdulillah...akak suke dan sedap. Yang penting Akid suke...dah happy rasa...maklum le fussy boy kan.
DeleteNak.. nak.. nak... huhuhu.. nak jugak
ReplyDeleteMama ~~ alahai dah licin lah mama...kalau nak yok kite g Hokkaido...terbang nak tak..?
Deleteslm kenal Ummi...wah nmpk sgt sempurna hokkaido tu...lum penah cuba lg...lum spi seru lg...tgk org buat aje dlu...hehehe
ReplyDeleteSalam kenal Qasey...TQ. 1st time buat gak ni...alhamdulillah menjadi dan anak saya pun suke. Nanti kite antar seruan tu ye...heehe..
Deletesalam lily, payah tk nk buat ni?
ReplyDeleteWaalaikummusalam ~~ ala...senang jer Roza...u sure leh buat punye...
Delete