Thursday, September 29, 2011

ROTI LABU

ROTI LABU sedap dimakan tapi ada sejarah kejadian yang tak mungkin kite lupa dalam proses pembuatan roti ni....kalau cerita pun pasti ada yang fikir...macam tak logik tapi tu lah yang kita tempuhi semata-mata dalam proses nak jadik kan tepung kepada roti labu ni....apapun pengajarannya....beli barang kena terus cuba...jangan dok peram berbulan²....nasib baik dapat ganti yang baru...kalau tak lopong le....

Apapun terima kasih le banyak² buat Kak Ummi Kuantan dan CMG yang membantu selesaikan masalah problem yang di hadapi....kecoh di buatnya dan yang paling tak tahan...kak Ummi pun naik ting tong dengan situasi ni....semuanya kerana bibik baru tu...aiyaaa manyak bikin susah wooo....apapun...alhamdulillah dengan hasilnya yang berbaloi-baloi....cabaran yang membuahkan hasil.

Resepi ni kita skodeng kat blog CMG adaptasi dari roti kentang CMG tapi kita derhakakan sikit dan gantikan kentang dengan labu...memandangkan 1/2 biji labu tu tergolek tak berusik...maaf ye CM...ada tukar sikit jer...

BAHAN DOH ROTI :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam ( letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus
60 g kentang lecek - kite gantikan dengan 80g labu yang direbus dan lenyek baru timbang.
1/2 biji telur
135 ml air sejuk (dari peti ais) - kite gantikan dengan 120ml susu segar suam
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

cuma kita tak buatlah kastard yang bubuh kat atas roti tu...

CARA MEMBUATNYA :-)

  • UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang.
  • KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh roti dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan telan "on", tunggu hingga siap.
  • UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.
  • UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...

2 comments:

  1. Tu diaaaaaaaaaaaa...akhirnyaaaaa...hahaha, setelah melalui pelbagai insiden yang x disangka2..x semena2 dpt BM baru ek Lily...hahahha, mmg ting tong akak dibuatnya sbb model serupa tp xleh nak tolong kaann...rupanya mmg rosak...wakakkaa...apapun mintak sini 5 ketuii Lily..nak sarapan nih! ^__^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak...akhirnya. kalau tak tobat dah tak buat roti 3 tahun...fobia..nasib baik jadik so tak jadik le nak fobia 3 tahun...tu arr..pengajaran kan..lain kali beli terus guna jangan peram kan kak..???
    Nak 5 ketoi jerk ke..???

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...