Thursday, December 15, 2011

SERI MUKA

SERI MUKA antara salah satu kueh tradisional yang menjadi kegemaran kita juga. Dah lama sangat tak buat memandangkan lalink kite tak berapa nak boleh makan pulut banyak sangat maka sangat² bercinta nak buat sebab x der sapa nak makan....

Tapi dek kerana keinginan anak tekak yang meluap² ni maka kita buat jugak memandangkan ada pinggan jiran yang nak dipulangkan jadi tak lah kite yang ngap sorang kan....

Tersangat sedap kueh ni, kita amek resepi seri muka peranakan dari blog CMG dan kite buat cara seri muka biasa, jom intai resepinya yang tersangat mudah nak buat.

Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan untuk lapisan bawah :-
300 gram beras pulut - kite guna 350 gram
200 ml santan - kite guna 230ml
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh garam

Bahan untuk lapisan atas :-
300 ml santan
3 biji telur gred B
4 helai daun pandan - potong kecil²
180 gram gula pasir - kite guna 150 gram
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau - kite x bubuh

Caranya :-
  • Pulut dicuci, kemudian direndam 3 jam . Alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
  • Toskan pulut, tuang ke dalam loyang dan ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
  • Kukus selama 25 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (kite guna belakang senduk). Sambung kukus untuk 5 minit lagi.
  • Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan² untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit (bila kita rasa, bancuhan tu suam kira oklah tu) -
  • Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25-30 minit lagi. Biar kueh betul² sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!...





6 comments:

  1. Waaaaaaaahhh...seri muka pulak di pagi khamis ni..ceria2 la yeaaa.. Bagi kat akak 3 ketuii pun okeh..boleh la makan, xdan berangin lgk..kalau byk2 mau berangin gak...heehe, rajin tul Lily..

    ReplyDelete
  2. memang sedap nanti nak cuba buat la

    ReplyDelete
  3. sedapnya, selalu main beli je, takpenah buat sendiri pun & seingat tina, arwah mak pun tak penah buat

    tak tau napa, takde permintaan kot

    ReplyDelete
  4. Kak ummi - dah selesai kak..buat ptg semalam...punya dh lama tak makan sampai makan x beringat...rajin...rajin ...ada makna nooo...heehee...nanti nak cub apuding sekoteng pulak...

    ReplyDelete
  5. e-da - cuba lah...InsyaAllah rasa mmg x mengecewakan...

    ReplyDelete
  6. Tina ~~ akak mmg membesar dgn kueh² mcm ni...arwah mak dulu berniaga dan antara kueh yang selalu arwah mak buat...so dh biasa dgn anak tekak...cuma malas jer nak buat selalu. hb x leh makan pulut sangat.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...