Monday, December 19, 2011

BLENDED BANANA CAKE

BLENDED BANANA CAKE santapan minum petang semalam dengan cuaca yang sejuk kerana hujan dari pagi....errmmmm... memang sesuai sangat sebab perut lapor kan...??? Ringkas dan senang sangat nak buat.

Tekstur kek ni lembut dan kite buat ikut cara kak Ct Delima buat dengan menambah serbuk koko dalam adunan ni dan ternyata gabungan itu memang sesuai dan kena dengan selera kita. Jadi terpulanglah ye nak bubuh serbuk koko mahupun tidak...mengikut citarasa masing².

Resepi Asal : Rahel
Sumber Resepi : Dari Dapur Ct Delima
Bahan-bahannya :-
Bahan-bahannya :-
4 biji pisang berangan - dipotong kecil²
180 gm minyak jagung/ minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek
Bahan bertanda # di ayak bersama

Caranya :-
  • Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.
  • Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
  • Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

5 comments:

  1. nyum sedapnya, mintak sepotong kak

    tina teringin nak buat, tapi pisang takde *alasan* hehe

    ReplyDelete
  2. As'salam Lily

    Wahhh...laju betul Lily ya, suka..sukaa. Tr kasih Lily sebab sudi mencuba. Gabungan serbok koko dalam adunan ni memang membangkit selera kan. sesuailah ada pisang , koko dan kacang almond tu..perghhh..nak jugakkkkk!

    ReplyDelete
  3. Tina ~~ alhamdulillah rasanya mmg tak mengecewakan akak dan menepati citarasa pengemar tegar cokelat ni....

    ReplyDelete
  4. K CT delima ~~ kena laju nanti ketinggalan keretapi sebab semangat tgh kemaruk ni. Mmg saya suka kak...kena dgn selera saya yang mmg sukakan coklat..

    ReplyDelete
  5. Alahai Lily, sokmo tunjuk makanan sedap2. Jgn lupa get ready untuk jamu KC kalau KC ke kuantan nanti eh.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...