ORANGE ALMOND CHOC CHIP MUFFIN semenjak rajin memuffin ni pantang nampak resepi muffin gatai jer anak tekak ni nak makan, kali ni kita cuba muffin ni pulak. memang sedap sangat, terasa oren tu kat anak tekak dan baunya harum sangat.....memang best!
Maka bagi peminat² Muffin kena lah cuba ye, kita buat semalam untuk minum petang, memandangkan kat Kuantan tengah hujan memang molek sangatlah kan....perut lapor jerk memanjang. Muffin ni kita dapat dalam 15 ketul jer...mungkin penuh sangat kita isi sebab mengikut Kak Ummi boleh dpt dalam 18-20 biji....
Jom cuba kerana ianya sungguh tak mengecewakan...!
Resepi Asal : Chef Hanieliza Fotogapes
Sumber Resepi : Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan A :- (18-20 biji)
2 cawan tepung gandum *
1 sk. baking powder *
1/2 sk soda bikarbonat * -
(bahan * diayak sebanyak 2x)
1 cawan gula perang
2 sb. chocolate rice
hiasan - choc chips & almond nibs
Bahan B :-
1/2 cawan butter cair
1 cawan jus Orange - (kak Ummi substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
1 biji telor - diuluk sedikit
1 sudu kecil orange paste
Caranya :-
- Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
- Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
- Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. Jangan kacau lama sangat cukup setakat bercampur elok je.
- Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh (3/4 cawan kertas), Taburkan dengan choc chips dan badam.
- Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan dan jangan sampai tergaring lak. Sejukkan atas redai.
wow muffin, tapi tina tak brp minat oren, tapi nampak menarik kan kak muffin ni
ReplyDelete