Monday, April 30, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES ~~ dalam last week banyak sangat terbaca post² tentang Hokkaido cipon cupcake ni so hati pun mengediks nak buat.....godaan menjadi² bile nengok kat blog Spices Journey.....tak menahan hati terus cari bahan dan mengodek terus. Alhamdulillah menjadi dan memang benar bagai di kata.....SEDAP sangat². Tak rugi buat....lembut dan kena pulak manis² custard tu....errmmmm.....lazat!


Jom² intai resepi dan terus buat....jangan tangguh². Tak akan menyesal ok...Akid yang fussy pong 2 ramekin sekali hadap tau...mmg speechless nengok Akid makan....laju jer....kira sesuailah dengan selera fussy Akid ni...so pasti akan ada ulang tayang lah resepi ni kat rumah UmmiAkid nanti....

Sumber resepi : Spices Journey
Bahan-bahannya :-
4 biji Kuning telur
30 gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla ekstrak
40 ml Susu Segar
40 ml Minyak Jagung
55 gm Tepung Cake - Superfine
20 gm Tepung Kastard
1 sudu kecil Baking Powder

4 biji Putih Telur
1 sudu kecil Cream of Tartar
80 gm gula Castor

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 170 C selama 20 minit. Sediakan 8 biji ramekin bersaiz besar. Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
  • Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali. Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk. Tambahkan vanila ekstrak atau esen, susu, minyak dan pukul rata.
  • Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
  • Dalam bekas lain ~ Pastikan bekas berkeadaaan kering. Pukul putih telur dan Cream of Tartar hingga berbuih
  • Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
  • Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 90% penuh. Jangan risau kalau cam penuh sangat, sebab kek ini akan naikkk dan turun balik sedikit selepas dimasak. Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
  • Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven memasing.
  • Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit pintu oven dalam 10-15 min dulu bagi dia sejuk perlahan lahan. Jika tidak nanti kek itu akan kecut atau menurun mendadak. Selepas itu baru keluarkan dari oven dan sejukkan.
  • Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling custard kedalamnya dengan menggunakan pipping bag dan nozzle yang bersesuaian.


FILLING CUSTARD
Bahan-Bahannya :-
2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter

Caranya :-
  • Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.
  • Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantek pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata.
  • Sejukkan sebentar custard yang telah siap dimasak. Kemudian masukkan ke dalam piping bag bernozzle dan cucuk ke dalam kek yang telah sejuk, picit masuk ke dalam tengah kek tu sebagai fillingnya.
  • Selamat Mencuba...


Friday, April 27, 2012

NASI GORENG NENAS BERAS PERANG

NASI GORENG NENAS BERAS PERANG ~~ fuyoooooo...panjangkan nama resepi ni, tapi cara penyediaannya mudah sangat. Actually ari tu try beli beras perang tapi tak tahu akan rasanya sebab sumpah memang tak pernah makan. Bila tanya kengkawan kat GBS, macam² komen dan pendapat tentang beras perang ni.

TQ tu Jun yang sudi share salah satu resepi yang beliau suka....so kite trylah untuk menguji tekak ni....dan alhamdulillah ianya tak mengecewakan dan serasi untuk kite sekeluarga....Beras perang ni rasanya seakan² barli gitu....so kite suka barli maka tak lah rasa pelik sangat akan tekstur beras ni. Beras yang sihat untuk pemakanan yang baik dan pastinya kurang kanji.

Okey nak cuba...jom intai resepi dari Junsalela yang nun jauh di Florida ~~ TQ dear ♥

Bahan-bahannya :-
1 cawan Brown rice
6 ulas bawang merah - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada - x bubuh
1 tangkai lada hidup-dihiris
2 cawan sayur campur - kite guna carrot sahaja
1 tin nenas kiub
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar jus nenas

Caranya :-
  • Dalam kuali panaskan minyak bijan. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serbuk lada, hirisan lada dan carrot.
  • Masukkan kiub nenas bersama sedikit jusnya dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan nasi, kicap dan perasakan garam. Gaul hingga bergaul rata. Bila nasi dah lembut bolehlah ditutupkan api.


Monday, April 23, 2012

KUIH LAPIS 3 WARNA

KUEH LAPIS ~~ dah lama sungguh tak buat kueh lapis ni....alasan yang logik dan hakikatnya kite memang tak pandai sangat buat kueh² lama ni....bukan le bermakna terro sangat buat kueh² moden gitu.....kalau buat terasa macam x menjadi sangat gitu....perasaan sendiri kot....sebab komen isi rumah....sedap ajer...

Kali ni cuba resepi dari Kak Ct Delima yang hasil sentuhan air tangannya tak kurang hebat dan selalu nampak vogue gitu....TQ sis sebab share resepi ni dan tak jemu² membantu blogger² yang baru macam saya....banyak ilmu dapat kalau kite tak malu bertanya dan tak segan nak belajar dari yang pakar tau....itulah kebaikan kalau banyak kenalan. Yang baik kita jadikan tauladan, yang kurang baik tu pandai² jadikan sempadan supaya tak tersasar.....

Dah...jom intai resepi yang kita cedok dari Dapur Kak Ct Delima

Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
3 1/2 cawan santan - tambah jika perlu
1 camca teh garam
1 sudu kecil pewarna Kuning + 1/ 2 sudu teh perisa pisang (kite x bubuh perisa pisang)
1 susu kecil pewarna Hijau + 1/2 sudu kecil pandan emulco

Caranya :-
  • Panaskan periuk kukus. Sapukan loyang 7/8 inci dengan sedikit minyak. Dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit keluar loyang agar mudah untuk mengeluarkan kuih lapis nanti. Masuk loyang dalam periuk kukusan.
  • Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan perisa. Kacau dengan whisk hingga gula larut.
  • Tapis adunan dalam mangkuk lain dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak.
  • Satu bahagian diwarnakan kuning dan perisa pisang, satu lagi warnakan hijau dan perisa pandan satu lagi biarkan plain saja.
  • Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus selama 7 - 8 minit atau hingga masak baru tindih dengan lapisan hijau dan seterusnya warna kuning.
  • Buat berulang-ulang hingga habis adunan tadi. Dan yang akhir sekali balut tutup kukusan dengan kain bersih dan kukus selama 15 minit.
  • Bila dah siap 15 minit, buka tutup kukusan dan biar adunan dalam periuk kukusan 3 minit lagi. Kemudian baru ditutup api dan angkat kuih. Sejukkan betul-betul dahulu kuih barulah dipotong dan hidang.


Friday, April 20, 2012

CHOCOLATE CHIPS PANCAKE

CHOCOLATE CHIP PANCAKE ~~ antara bekfes kegemaran Akid...kalau betul² nak makan memang 2 keping sekali hadap jer. Dah lama jugak kite tak buat pancake maka teringin pulak rasanya. Tak susah pun nak buat dan tak perlukan masa yang lama untuk menikmati pancake yang sedap, gebus dengan sentuhan air tangan sendiri.....kalau x moo buh chocolate chip dalam pancake tu pun....bisa ajer dong....ikut keperluan selera sendiri ye...jom cuba buat dan anak² pasti suke...

Bahan-bahannya :-
3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - optional
secubit garam
Chocolate chip

Caranya :-

  • Campurkan semua bahan, guna blender dan blend sebati. Kacau guna whisk pun boleh.
  • Biarkan adunan selama 10 minit**
  • Tuangkan sesudu adunan dalam kuali non stick.
  • Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
  • Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan pancake syrup, maple syrup atau jem kegemaran.

Thursday, April 19, 2012

MEATBALL RICE NOODLE SOUP

MEATBALL RICE NOODLE SOUP ~~ menu yang ringkas sangat, berkhasiat dan teramat sesuai bagi yang mengamalkan diet. Jejaka idaman malaya kite yang fussy bab makan ni pun bertambah² makan. memandangkan Akid memang suka aneka mee or pasta maka opkos le laju jer mintak tambah kan.... " ummi, i want some more '' sesambil angkat tangan ....(ni mesti kat school teacher ajar macam tu kan...angkat tangan bila nak tambah...).

Kite perolehi resepi ni dari kenalan fb Mango. Tq dear sebab kongsikan resepi mudah dan ringkas ni. Sedap bagi selera kite ye.....menu yang tak berat....light² jer...

Sumber resepi : Mango
Bahan-bahannya :- Stok Ayam:
Bahagian tulang² daripada 1 ekor ayam - kite guna 2 ekor rangka ayam
3 batang spring onion/leek - kerat² & belah²
2 inci hali - hiris nipis
Air secukupnya

Caranya :-
  • Didihkan air dalam periuk, masukkan ayam dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Tutup api. Tidak perlu rebus lama. Buangkan airnya dan bilas ayam. Bersihkan periuk tadi daripada kesan² lemak/bahan² asing yang timbul sewaktu ayam dididihkan tadi. Air rebusan ayam tadi tidak digunakan ye...
  • Isikan lebih kurang 3.5 l air dalam periuk. Masukkan semula ayam yang sudah direbus tadi bersama spring onion/ leel dan halia. Rebus dengan api perlahan selama 3-4 jam. Kite rebus 2 jam jer.
Untuk Membuat Mi Sup -untuk 2 orang
1 liter stok ayam
2 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
Mi beras kering - dicelur dalam air mendidih sehingga lembut
Meatball - kite guna jenama Saudi
Scallion - rupa macam daun bawang tapi pangkalnya putih macam leek/spring onion
Daun ketumbar
bawang besar - hiris nipis²
Cili potong + kicap cair ataupun guna saja cili kicap.

** scallion tu kalau x ade...guna daun bawang pun boleh jer...**




Wednesday, April 18, 2012

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN ~~ menu pembuka tirai setelah blog bertapa buat sekian kalinya....heehee...macam dah lama sangat tak hapdet blog, alasan yang boleh diguna pakai....mood ke laut dan kesihatan x mengizinkan.

Dengan cuaca panas kat Kuantan sekarang ni dan sakit tekak yang makin menyakitkan ni hingga 1/2 hari kehilangan suara maka merajinkan diri buat agar² ni setelah terliur bila tengok kat blog Tina.....mengoda untuk menyamankan tekak le kekunun.

Resepi yang mudah sangat dan rasa yang tak mengecewakan, cukup manis, lemak dan senang crite....sedap! So kalau nak cuba maka jangan tanguh² ok.

Sumber Resepi : Cerita Tina
Bahan-bahannya :-

10g agar-agar serbuk
1 cawan gula
1100 ml air
170ml air campur 1 paket santan serbuk - (kite guna santan KARA 1 kotak 200ml)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan
Pandan paste


Caranya :-
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan pandan paste
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil². (part ni - kite x kacau pun hanya biar didih sendiri dengan api yang perlahan dan sebelum tuang ke dalam acuan, kite kacau perlahan dengan garpu agar bancuhan bergaul.)
  • Tuang kedalam loyang atau acuan yang dibilas dengan air dulu. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong. Kite bubuh dalam acuan kecil².


Tuesday, April 10, 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE

SPAGHETTI BOLOGNESE ~~ suke makan dan memang tak jemu makan....tapi kali ni kite cuba buat sos sendiri dari yang selalunya guna sos dalam botol tu jer...sedap dan x banyak beza sangat. So lain kali kalau rajin memang akan sedaya upaya buat sos sendiri. kalau dah x sempat sangat baru guna sos botol....boleh gitu..tak kisahlah kan.....asal ianya sedap dan menepati citarasa masing²...

Kite juga buat meat ball....sebab macam dah tersangat suka makan spaghetti dengan meat ball walaupun sosnya dah ada daging cincang....alasannya....sebab suke...so....hentam sajelah labu...!

Sumber Resepi : Masam Manis
Bahan-bahannya :-
500gm spaghetti
500 gm daging lembu cincang - kite guna 2 keping daging jenama Ramly
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum ~ didadu
1 batang carrot ~ didadu kecil
2 batang celery ~ didadu kecil
1 tin cendawan butang ~ dihiris -optional
1 kiub stok daging lembu - optional
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun ~ kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang - kite x bubuh
2 sudu capers - optional

NOTA :
Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa masing².
Resipi asal juga ada masuk 200 ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.


Caranya :- Untuk Spaghetti
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.
  • Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Caranya :- Sos Bolognese
  • Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  • Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  • Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih. Kacau selalu.
  • Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
  • Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
  • Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa. Masukkan capers dan Meat ball dan gaul rata.
NOTA :
Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA :
Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian..! memang sedap...

Bahan-bahannya :- Untuk Meat Ball
(dapat 12 biji meat ball)
1/2 bungkus daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu
1 biji telur - kite guna 1/2 jer
1 sudu besar black pepper
1 sudu besar serbuk Oregano
Sedikit garam

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan gaul hingga rata.
  • Bulat-bulatkan mengikut size yang dikehendaki.
  • Panaskan sedikit Olive oil di non-stick pan, jangan banyak sangat minyak.Tak perlu sampai meat ball tenggelam. Goreng meat ball hingga masak menggunakan api yang kecil.
  • Memang memakan masa sikit nak masak sebab kena terbalik kan satu bahagian ke satu bahagian sebab menggunakan minyak yang sedikit.



Monday, April 9, 2012

PENGAT LABU

PENGAT LABU ~~ menu petang yang ringkas dan ulang tayang beberapa kali dengan alasan....suka makan pengat labu....memang mengikut selera arwah abah yang gemarkan aneka jenis pengat. Nak buat macam mana kan....hati dah suke...maka ulang tayang buat pun...tetap suke gitu....!

Resepi yang ringkas dan cara kite buat pengat....jom intai semudah mana le tu kan....semudah ABC jer...

Bahan-bahanya :-
1/2 biji labu bersize sederhana - dadu dan rebus
santan dari 1 biji kelapa
1/2 cawan sago - rendam seketika
1 keping gula kabung
Sedikit gula
secubit garam
2 helai daun pandan

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan kacau dengan api yang perlahan. Masukkan labu dan sago, kacau hingga mendidih dan kacau selalu supaya tak pecah minyak.
  • Seimbangkan rasa mengikut selera manis yang disukai. Tutup api tapi teruskan kacau dalam 2-3 minit agar santan tak pecah minyak.


Saturday, April 7, 2012

EGG SANDWICH

EGG SANDWICH ~~ bekfes hujung minggu yang simple sangat....bersama secawan kopi O...memang makin malas lah diri ni nak bergerak aktif hari cuti² ni. Hari minggu adalah hari bermalas-malasan di tilam empuk......alasan tak nak masak le tu...waaachaaa....!!!

Bahan-bahannya :-
2 keping roti - di bakar sekejap
2 biji telur - direbus dan dihancurkan
1 sudu besar Mayonis
Sedikit garam
Sedikit black pepper
Salad
Tomato - dihiris bulat

Caranya :-
  • Telur rebus yang dihancurkan itu di masukkan sedikit garam, black pepper, mayonis dan digaul rata.
  • Seimbangkan rasa
  • Sapukan atas roti dan bubuh salad serta tomato.
  • Ready to eat.




Semuga Quality time bersama keluarga dimanfaatkan sebaiknya mungkin....kerana hari ini adalah hari anda...jangan ditoleh hari semalam yang membawa kenangan dan jangan di fikirkan hari esok yang belum pasti kunjung tiba....SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....



Thursday, April 5, 2012

IT'S OUR 1st ANNIVERSARY......♥

IT'S OUR 1st ANNIVERSARY.......happy birthday to blog UmmiAkid....pejam celik, pejam celik dah setahun lahirnya blog ni dan setahun juga karya ku di pertontonkan kepada semua.....waaa...macam pemenang anugerah gitu...!

Tak sangka dari suke² jadi minat pulak. Walaupun blog simple dan tak glamer tapi cukup berbangga dengan apa yang terhasil berkat sokongan dari rakan² alam maya yang tak pernah putus² beri semangat dan tunjuk ajar. Terima kasih pada CM Gebu, Kak Ummi Kuantan, Kak Ct Delima, Kak Azlita, Tina dan lain² blogger yang senantiasa menyokong kite dan memberi perangsang serta kata² semangat....(maaf kalau x sebut nama ye...apapun sokongan semua tetap UmmiAkid hargai...)

Muga dengan sokongan semua yang senantiasa membaca blog UmmiAkid.....kite akan terus berblog dan belajar untuk menjadi lebih baik dan baik....InsyaAllah....

Members ~~ 250 orang
Total Page view ~~ 51, 308
Total Visitors ~~ 20,217
Total post ~~ 318

Tetap bangga dengan apa yang dicapai dan Terima Kasih buat semua pengunjung setia....♥♥

Wednesday, April 4, 2012

AL-FATIHAH - RAJA NURKAMILIA PERGI JUA....

AL-FATIHAH ~~ buat adik Raja Nurkamilia yang telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi jam 1.36pm. Berita ini saya perolehi dari seseorang yang meninggalkan komen di entry lepas DISINI tentang adik Raja Nurkamilia dan telah disahkan sendiri oleh ibu beliau setelah kite hubungi bertanyakan kebenaran berita ini...

Muga puan Rina sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan Allah SWT yang menguji ketabahan serta kesabaran setiap hambaNya kerana janji Allah itu adalah pasti. Semuga roh adik Raja Nurkamilia dicucuri rahmat serta ditempatkan di sisi orang² yang beriman dan disayangi Allah.....amin.




PECAL

PECAL antara yang menjadi kegemaran kite. Sangat sedap dan kalau makan memang tak perasan bertambah. Colek makan...colek makan...senang crite kalau pecal ni memang akan makan banyak le sangat....meratah kan sedap...

Satu menu yang sihat untuk yang nak berdiet. Sayur²an jer. Tak makan nasi pun kira dan ok....meratah pecal jer kan.....ye ke menu diet...??? Kalau buat kacang tu boleh disimpan dalam peti ais, bila nak makan hanya tinggal bancuh jer.....so jimat tenaga dan masa kan...resepi dari bonda mertua kite yang memang kalau buat pecal.....the best...!

Resepi : Bonda Mertuaku
Bahan-bahannya :- Untuk Kuah
1/2 kilo kacang tanah - di goreng
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4-5 biji isi cekur
15 - 20 biji ili padi - ikut nak kepedasan yang disukai
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Sayur Pecal :-
Timun
Sengkuang
Kangkung - dicelur dan toskan
Tauhu - digoreng dan hiris
Tempe - digoreng dan hiris - kite x bubuh sebab x der stok
Taugeh - dicelur dan toskan
Kacang panjang - celur dan toskan

Caranya :-
  • Kacang tanah di goreng - tos dan ketepikan. Bila dah sejuk kacang ditumbuk
  • Bawang merah, bawang putih, cili padi digoreng (tutup kuali takut meletup)
  • Bawang dan cili yang digoreng tu ditumbuk lumat. Masukkan bi cekur. Letak garam sikit.
  • Satukan bahan tumbuk bersama kacang yang juga telah ditumbuk. Masukkan gula, garam dan digaul rata.
  • Bila nak makan bolehlah dibancuh dengan sedikit air asam dan air suam. Pastikan kuah sederhana cair sebab nanti ianya akan semakin pekat.
  • Seimbangkan rasa masin, manis dan masam.
  • Bolehlah dimakan bersama sayur²-an pilihan.

Tuesday, April 3, 2012

AGAR-AGAR SUSU BERLAPIS

AGAR-AGAR SUSU BERLAPIS tertarik menarik bila terlihat kat blog kak Ct Delima terus tengok bahan² kat dapur.....semua ada...terus le jalankan operasi....heehee....walaupun lapisan tu terhasil tidak seperti yang di gambarkan namun masih tetap menarik di mata kite....(ayat sedapkan hati ni sebab jeles nengok hasil yang gojes dari Kak Ct....)

Agar-agar ni sedap dan lemak susu tu terasa kat tekak bila makan. Sesuai sangat dengan cuaca kat Kuantan yang seakan² nak mengaringkan lagi kulit ku yang dah tersedia garing ni......kuar peti ais....waaalahhh...nyaman tau....tak caya...try buat....cuma teruna idaman Malaya ku sorang tu yang lapisan kaler² tu x moo makan...Akid makan yang lapisan susu tu jer....fussy boy ni memang cenggitu....!

Sumber Resepi : Kak Ct Delima
Bahan Lapisan Susu :
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu sejat Ideal/Carnation
Beberapa titis esen vanila

Caranya :-
1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan dalam loyang atau acuan yang digemari. Sejukkan sebentar.



Bahan Agar² Berwarna :-
10 gm agar-agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
Pewarna makanan yang disukai

Cara-Cara :
  • Masak agar-agar bersama air hingga agar² larut. Masukkan gula dan kacau perlahan hingga gula larut. Asingkan 2 1/2 cawan dan masukkan sedikit saje pewarna pink dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.
  • Tuangkan agar agar selebihnya ke dalam mangkuk kecil² yang dibahagi kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Biarkan beku. Dan bila sudah beku potong kecik².
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan susu dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan agar² pink dan dimasukkan agar² warna warni tadi. Jangan sampai terlalu keras adunan susu tadi, agak² keras sedikit saje. (buat dengan cepat takut agar2 susu akan cepat beku).
  • Bila adunan agar² pink dah hampir keras letakkan lagi baki agar² susu tadi. Bekukan dan boleh dimasukkan dalam peti ais. Hidang semasa sejuk.
* Nota * Bila lebihan agar² susu seakan nak pekat, bolehlah tenggekkan lagi atas api sebentar.

Monday, April 2, 2012

NASI AYAM IPOH lagikkkkk....!!!!

NASI AYAM IPOH memang best dan setiap kali nak makan nasi ayam mesti resepi ni yang menjadi pilihan...memang best dan sukeee sangat....! Dulu pun kite dah pernah buat kat SINI dan kali ni buat lagi setelah agak lama tak masak nasi ayam.

Tak yah celoteh panjang lah ehhh....skodeng jer resepi nasi ayam Ipoh yang memang mabeles...!

Sumber Resepi : Kak Azlita Masam Manis
Ayam Bakar atau Goreng :-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Caranya :-
  • Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
  • Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk, kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
  • Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
  • Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Sup Ayam :-

Air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

  • Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga didih.
  • Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ketepikan ayam.
  • Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  • Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa. Masak hingga didih.
  • Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
Cili Merah :-
10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

Caranya:-
  • Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi dan kisar halus.
  • Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Cili Kicap :-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan

Caranya :-
  • Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
  • Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Sunday, April 1, 2012

PETOLA TUMIS AIR

PETOLA TUMIS AIR sayur peberet sepanjang zaman....masakan yang ringkas sangat dan sesuai dikala kemalasan melanda serta power wooo kalau makan bertemankan sambal belacan, ikan perkasam atau ikan kering....walaaahhhh.....sure bertambah nasi dan jarum penimbang pun gegar² gitu nak maju ke hadapan.....heehee...apapun..hade haku kisah...selagi leh makan...kita makan kan....alhamdulillah rezeki dari Allah SWT....

Resepi yang ringkas dan main campak² jer versi UmmiAkid....jom skodeng macam mana kite masak....sonang jer...

Bahan-bahannya :-
2 batang petola - dibuang kulit sedikit
7-8 ekor udang
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 batang carrot
1 paket suhun - direndam seketika
1/2 kiub pati ayam - optional
1 biji telur - opitional

Caranya :-
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan udang. Kacau seketika.
  • Masukkan air dan pati kiub ayam. Masukkan juga carrot. Biar carrot agak lembut.
  • Pecahkan telur dan jangan kacau agar telur tidak hancur, Perlahankan api sedikit.
  • Perasakan garam dan masukkan petola serta suhun.
  • Bila mendidih. Tutup api.
  • Kita suka petola tu keras² sikit so lepas masuk tu jangan lama sangat agar kerangupan petola terasa....ikut citarasa sendiri.

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...