Sumber Resepi :- Kak Azlita Masam Manis 250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil
Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar
90 gm tepung
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu - kite tak bubuh
Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang
bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses
untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.
|
Tuesday, December 23, 2014
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Tuesday, December 16, 2014
KUEH PENYARAM
Wednesday, December 10, 2014
CUCUR UDANG RANGUP
Tuesday, December 9, 2014
KUEH BOM '' DISASTER ''
Mungkin orang lain tak mengalami masalah macam ni namun kita alami dan tak tau lah mana silapnya....buat sebijik bijik ikut resepi....api sederhana tapi letupannya buat kita serik seumur hidup....takut...! hahaaaa.....
Tengok hasil lepas goreng yang hirot berot tu pun dah boleh bayangkan letupan yang boleh buat kita cakap...cukuplah sekali buat kueh ni....x akan ku buat lagi...TAK AKAN...!!
Tengok hasil lepas goreng yang hirot berot tu pun dah boleh bayangkan letupan yang boleh buat kita cakap...cukuplah sekali buat kueh ni....x akan ku buat lagi...TAK AKAN...!!
Resepi tepungnya kita ikut dari blog QasehQu tapi inti kelapa resepi sendiri... :) Jom skodeng kueh bahaya ni... Sumber resepi :- QasehQu Quinnie Bahan-bahannya :- 3 cawan tepung pulut 1 cawan tepung beras 1 1/2 cawan air guna - gula letak sikit sahaja sebab inti dah manis Bijan - kita guna bijan putih dan bijan hitam Caranya :- Satukan semua bahan di atas kecuali bijan. Uli doh hingga sebati dan tidak melekat. Jika kurang air bolehlah di tambah sikit. Sapukan tapak tangan dengan sedikit minyak dan bulat kan tepung sebesar bola golf. Masukkan inti dan bulat-bulatkan. Golek di atas bijan. Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana seketika. Bila dah mula kekuningan bolehlah di besarkan sedikit api. Angkat bila dah kuning keemasan. |
B3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D
1 cawan-tepung beras
1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti
proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D
1 cawan-tepung beras
1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti
proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)
Make Money at : http://bit.ly/copy_win |
Cantek jer kejadian sebelum goreng kan.....tetapi....panas hati mengelap dapur tak hilang lagi ni....sabor jer lah....setidaknya mencuba dan akhirnya serik... heheee... :) |
Wednesday, December 3, 2014
SPAGHETTI BOLOGNESE
Tuesday, December 2, 2014
ROTI PURI
Sumber Resepi :- Kak Ummi Home Sweet Home Bahan-bahannya :- 12 - 14 biji 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil yis mauripan 1/2 sudu kecil garam 3 sudu makan minyak masak 2 sudu makan gula * 40-50ml air * 175ml air panas Minyak untuk mengoreng Cara-cara :- Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan. Kacau sehingga gula hancur dan tutup api
Satukan tepung dan yis. Gaul rata.
Satukan 2 bahan di atas. Gaul guna garpu. adunan akan seperti breadcrumb.
Tambahkan air sikit demi sedikit. Adun hingga tak melekat dan uli menjadi doh. Perap seketika dalam 30 minit. Bahagikan beberapa bahagian kecil. Canaikan doh nipis macam nak buat karipap. Jangan terlalu tebal atau nipis. Goreng dalam minyak ** Tips mengoreng : menggoreng menggunakan api yang kecil dan sederhana sahaja. Simbah simbah minyak atas roti nanti ia akan kembung. Alih-alihkan. Garing angkat. Jangan lelama sangat. |
Kalau kembung masa mengoreng tu kira menjadi lah ye....kembung kembung gitu... :) |
Monday, December 1, 2014
PAU INTI KELAPA
Friday, November 28, 2014
SAGU BRONOK
Sumber Resepi :- Izah Muffin Lover Resepi Asal : Chef Hanieliza Bahan-Bahannya: 1 cawan sagu biji 3 cawan air 1 cawan gula 1/2 biji kelapa parut muda - gaul bersama sedikit garam sedikit garam pewarna merah daun pandan - simpulkan Cara Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam. Hidangkan. |
Wednesday, November 26, 2014
POPIA KELEDEK
Tuesday, November 25, 2014
PANCAKE
Monday, November 24, 2014
KUEH KETAYAP
Saturday, November 22, 2014
IKAN TIGA RASA
Sumber Resepi :- Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit) - kita goreng
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus :-
5 ulas bawang merah - kita guna bawang Holland
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus :-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos :-
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan pun boleh
1 sk kicap manis
1 sb jus limau nipis/lemon
2 sb gula pasir
Cara Cara :-
Lumurkan ikan dengan garam kunyit. Taburkan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Tepuk tepukkan untuk baki tepung. Goreng dengan menggunakan minyak yang panas.
** Kalau nak kukus, lumurkan garam kunyit, panaskkan kukusan dan kukus ikan sehingga masak. ** Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. |
Tuesday, September 30, 2014
LEMAK PUCUK PAKU BERUDANG
Saturday, September 27, 2014
TAKO JAGUNG
TAKO JAGUNG ~~ antara kueh kegemaran kita adalah tako terutama suka makan bila bulan Ramdhan, mesti buat atau beli....Akid pun suka...selera sama gitu. Kueh ni kalau sedap bubuh dalam acuan daun pandan yang di buat sendiri tapi sebab malas dan daun pandan pun nan ado makanya guna kekdah buh dalam gelas...senang dan yang penting cepat. Serius kita suka sangat tako jagung ni, nak nak kalau sejuk memang laju jer cedok masuk molut tanpa sedar licin sudah gelas tu....kalau tak percaya kena cuba lah ye....InsyaAllah sedap. |
|
Tuesday, September 23, 2014
POTATO FRITTERS
POTATO FRITTERS ~~ masa rakan Fb share link tu terus nak buat jam jam tu jugak sebab nampak mengoda sangat sebab kebetulan perut pun laparkan.... al maklum tengok tengah malam buta. Tapi saborkan hati sebab plan nak buat untuk bekfes dengan fussy boy sorang tu. Alhamdulillah Akid suka makan sedangkan selama ni kurang minat dengan cekodok tepung. Mungkin adunan ni kurang guna tepung dan terasa kentang lebih tu agaknya menarik minat Akid nak makan.
So jom skodeng resepi hasil perkongsian rakan fb yang prihatin....kita makan dengan sos cili AgroMas... sedap sehhh....cubalah ehhh.... cuma kita tambah sebiji carrot sebab nak umpan Akid makan...dia suka carrot.
Sumber Resepi :- FB Cara Senang Buat Kek POTATO FRITTERS 3 biji kentang - sagat halus 1 biji carrot - sagat halus - Ini kita tambah 4 sudu besar tepung jagung 3 sudu makan tepung gandum 1 biji telur Daun bawang Serbuk lada sulah Garam Ajinamoto - abaikan jika tak guna Minyak masak - untuk menggoreng Cara-caranya :-
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!