Friday, September 23, 2011

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL


Sumber bacaan ni kita perolehi dari satu dari hasil pembacaan...so ingin berkongsi bersama kerana kite terkesan dengan ilmu yang penulis Rasidah Mustaffa utarakan.....jom baca bersama...muga ilmu yang diperolehi boleh di guna pakai dengan sebaik boleh....!!!!!

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis....

'' Apa ibu sedang tulis...??? Ibu menulis tentang siapa..? atau pengalaman ibu..? dan jawap si ibu...

'' Ibu sedang menulis tentang kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini. ''

'' Apa yang istimewa tentang pensel ini ? '' tanya si anak...

'' Ibu berharap, hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, tetapi ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya . Mahu tahu..???

'' Ya ibu...''

PERTAMA :-
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah S.W.T. DIA akan selalu membimbing kita menurut kehendak-NYA.

KEDUA :-
ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

KETIGA :-
pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan setiasa berada di jalan yang benar.

KEEMPAT :-
tahukan anak ibu manakah yang lebih penting ; luar atau isi pensel ini...??? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik di dalam diri kamu itu dan hindarilah....

KELIMA :-
pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak...

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif dalam diri. Wahai ibu bapa, janganlah berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak ( walaupun nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti satu masa nanti akan memberi bekas dalam jiwa mereka.... Insya-Allah.

Maka ulang-ulangkanlah tanpa jemu....



Monday, September 19, 2011

CUCUR KENTANG BILIS

CUCUR KENTANG BILIS menu ringkas lagik untuk sarapan pagi tadi. Kebetulan perut memang tengah meragam so malas nak buat sarapan yang berat². Dalam sakit² perut pun, licin gak cucur ni ye....bukan apa...sarapan pagi adalah step pemakanan yang penting kan so kena makan jugak walaupun sikit.

Jom skodeng resepi mudah sangat ni...sume owang tau kan buat cucur...apapun layan jer lah ehh....!!!!


Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1/2 biji bawang besar - didadu
1 biji kentang - di dadu
segengam ikan bilis - tumbuk
Sedikit garam
Air secukupnya

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing kekuningan.



Friday, September 16, 2011

NASI LEMAK

NASI LEMAK ringkas untuk santapan seisi keluarga. paling cepat dan mudah nak buat...memandangkan malam ni ada 2 jemputan open house maka juadah nasi lemak lah yang di pilih untuk makan tenghari....alasannya ringkas dan senang nak buat.

Dalam sedap-sedap makan...yang paling lemah bila dah makan....mata ni ngatuksssss benar....aiyaaa...bantal macam dah melaipai-lampai penuh kasih sayang...heehee...

Apapun jom tengok resepi ringkas hasil air tangan Ummi-akid ni..

Bahan-bahannya :-
3 cawan beras
Santan - secukupnya mengikut sukatan air beras.
1/2 bibi bawang besar - hiris halus
1 batang serai - di ketuk
1 batang kayu manis - optional
sedikit garam
1 helai simpulan daun pandan


Caranya :-
  • Basuh beras seperti biasa
  • Satukan ke semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.

Tadaaaa.....senang jerks kan....ala sume owang tau kan masak nasi lemak cuma mungkin cara dan teknik jer yang berbeza....Apapun selamat mencuba...!!!!




Tuesday, September 13, 2011

PASTA BOWTIES SIMPLE DIMPLE

PASTA BOWTIES SIMPLE DIMPLE, senang jer kalau nak goreng macam ni sebab tu nama pong di kasi simple dimple. Kite memang suke goreng pasta cenggini. Sedap dan tak muak kalau makan banyak..... Apa jenis pasta boleh jer kalau nak goreng cenggini...sama jer rasa kesedapannya.

Kalau ada yang nak cuba boleh lah intai² resepi simple dimple versi anak Pak Talib yang rajin memasak kunun-kunun ni ye....!!!! Ala mudah jer so jangan tak cuba ehh...


Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus pasta Bowties
1 keping daging kisar Ramly
10 ekor udang
1 batang carrot - disagat memanjang
6 biji cendawan butang - dihiris nipis
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
12 biji cili padi - ikut kepedasan yang di sukai
2 sudu teh capers - optional
3 kelopak bunga kobis
3 kelopak brokoli
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya




Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur bowties hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan udang. Gaul rata.
  • Masukkan carrot, bunga kobis, brokoli dan cendawan
  • Bila bahan dan sebati masukkan bowties dan gaul rata.
  • Seimbangkan rasa.

BREAD RAISIN + CHOCOLATE BANANA

BREAD RAISIN + CHOCOLATE BANANA antara menu bekfes atau pun minum petang yang sangat mudah di sediakan, lazat dan pastinye berkhasiat.

Bagi kite ini resepi yang sihat dan teramat simple untuk buat kalau anak² nak sarapan ke sekolah. Dengan adonya cekelat pasti menjadi kesukaan anak² malah mak anak² jugak...heee...tak caye...jom try buat k...

Moh kite intai resepi yang sedap dan berkhasiat besar bagai johan ni....

Sumber resepi : Dari dapur Kak Ct Delima

Bahan-bahannya :-

Beberapa keping roti Kismis / roti putih - yang 4 segi tu ye
2 biji pisang montel - hiris serong dan nipis
Jem Nutella (atau sebarang jem coklat kegemaran masing2)
Sedikit butter - untuk panggang

Caranya :-
  • Sapukan nutella pada kedua-dua keping roti.
  • Lapiskan pisang di atas roti dan lapikkan roti yang sekeping lagi.
  • Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti. Tekan dengan jari semasa memanggang dalam 10 saat, terbalikan bahagian lagi satu dan tekan juga dalam 10 saat.
  • Potong dua roti tersebut dan hidangkan.


Monday, September 12, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN

AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN sejak ternampak resepi ni kat blog kak Nor secubit garam hati macam mengelodak suruh cuba....punya lah...tak sabar pergi Giant cari rempah cajun tu, bila dah ado....bertahun baru nak buat...nape erkk...???? sendiri fikir lah kan...???

Bila dah cuba memang benar bagai di kata...hasilnye sungguh tak mengecewakan...so pada sesape yang lom cuba...cepat² dapatkan rempah cajun ni dan buat okeh.....pasti tak nyosal punyo...!!!!

Ini le rupe rempah Cajun tu

Jom layan resepi hasilan skodeng kat blog kak Nor, tapi mintak maaf ye Kak Nor ada derhaka kan sikit resepi ikut kesuaian kite....

Sumber resepi : - Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah -
ini kite tambah (resepi kak nor tak bubuh)

2 batang serai -
ini kite tambah (resepi kak nor tan bubuh)

1 inci halia -
ini kite tambah (resepi kak nor tak bubuh)
1 sudu kecil serbuk kunyit -
kite guna kunyit hidup

1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar air
garam
minyak



Caranya :-
  • Tumbuk lumat bawang, serai, halia dan kunyit
  • Campurkan kesemua bahan yang di tumbuk kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati.
  • Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.


Sunday, September 11, 2011

BETIK TUMIS AIR

BETIK TUMIS AIR antara sayur kegemaran kite...kalau dulu arwah mak memang selalu masak sayur betik tumis air ni. Memang sungguh menyelerakan makan berlauk kan begini, ringkas tapi mau 2-3 kali menambah....hilang sume diet bagai kan...????

Betik ni dah hampir nak masak tapi masih mengkal dan ranggup lagi walaupun warna dah agak merah. Kalau bior 2-3 hari mau betik tu jadi pencuci mulut le.

Kita kalau masak sayur betik ni memang suka letak daun selasih, harum jer bau dan rasanya agak selerakan anak tekak ni. Kalau tak letak pun okey jer...ikut selera memasing kan...

Jom nengok resepi mudah dan ringkas ni...jangan lupa mencuba tau...tak rugi cuba, sekali cuba mesti lain kali nak cuba lagi.....yooo laaa tu erk...!!!!

Bahan-bahanya :-
1/2 biji betik sederhana besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit daun selasih - optional
Sedikit air - ikut sukatan kuah yang di kehendaki.
garam perasa

Caranya :-
  • Tumbuk semua bahan di atas kecuali daun selasih
  • Rebus bahan tumbuk bersama sedikit air. Bila mendidih masukkan betik dan daun selasih
  • Seimbangkan rasa.

Ringkas kan...senang nak buat dan cepat.


Saturday, September 10, 2011

APAM POKKA DOT

Lama sungguh tak update blog yang dah penuh sarang ni, bz le konon² tu....bz beraya sakan dan yang benornya malas. Ni nak story pasal projek buat apam dot-dot kat kampung bersama kakak tersayang serta anak² saudara yang memang vogue sokmo dan sporting....

Impian nak buat apam dot-dot ni dah lama bila tengok ramai yang dah mencuba so bila balik kampung kite paksa kakak kite buat sama...sambil tu boleh tengok cara²...rupenya mudah sangat buat walaupun banyak korje tapi bile tengok hasilnya....senyom sokma den sebab dalam gigil² memicit...menjadik le jugak....TQ to my lovely sis yang tersangat rajin melayan kerenah adiknye ni....


Sumber resepi ~> Kak Ummi Home Sweet Home

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus -
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya - kite guna inti kacang merah & lemon filling
Pewarna - kite guna biru dan kuning

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Picitkan filling atau inti secukupnya.
  • Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan adunan dari warna kontra atas permukaan.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Telapak tangan Akid & the geng yang tak sabor nak ngap apam tu...Akid bila lom siap punye le tak sabar nak makan, bila dah siap masak....nak suh gigit satu pun seksa....aiyaaa !!!!

Friday, September 9, 2011

SALAM AIDIL FITRI


Bergema Takbir di Subuh hari
Memohon kemaafan ke hadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma kembali
Salah dan silap harap di maafi

Salam Aidil Fitri
buat semua kenalan serta yang mengenali ummiakid, muga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan buat semua.

Monday, August 22, 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI


Alamak...dah lamanye tak bersiaran melalui sini, bz memanjang serta mood pun macam menjunam ke laut dalam....mungkin halwa telinga ni dok dengar lagu raya jerk...teringat segala kenangan zaman kanak² takkala arwah mak sibuk dengan segala persiapan....rindu arwah mak dan abah....

GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI versi kite...ada owang masak gulai tempoyak tak guna pun bawang kan....hanya cili padi dan kunyit hidup jerk....kite tak reti lah....mesti nak buh bawang gak.....jom skodeng resepi mudah ni...



Bahan-bahannya :-


3 ekor ikan Kerisi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - kite ketuk
5-6 cili padi - pedas ikut selera memasing
2 keping asam gelugor
2 sudu besar tempoyak
Garam secukupnya
sedikit gula
1 helai daun kunyit
Sedikit air - gune santan boleh jugak...ikut selera masing²



Carannya :-
  • Blender kesemua bahan di atas kecuali asam gelugor, garam, gula dan tempoyak
  • Bahan blender tadi di rebus bersama sedikit air. Bila mendidih masukkan ikan, garam, gula.
  • Masukkan asam gelugor dan tempoyak.
  • Seimbangkan rasa dan bila ikan dah masak, masukkan daun kunyit. mendidih boleh lah di tutupkan api.


Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...