Monday, October 17, 2011

SUP ISI KETAM

SUP ISI KETAM juadah untuk santapan sekeluarga hari ini. Sesuai sangatlah dengan cuaca yang panas terik ni...lawankan pulak dengan sambal cili kicap.....ermmmm....sure laju jerk makan kan....perut pun dah mula berkeroncong ni. Asal siap masak jer perut pun mula berdangdut....lumrah alam ke atau perut kite jer....

Jom intai bahan yang kita gunakan....sama jer dengan cara masak sup² lain...mudah dan senang nak buat...selamat mencuba...!!!!!


Bahan-bahannya :-
3 ekor ketam - direbus dan ambil isinya
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Halia * Daun sup
Sup bunjut
1 sudu rempah sup serbuk
Sedikit air
1 batang carrot
2 biji kentang
Sedikit bunga kobis

Rempah tumis
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji cengkih
Bahan bertanda * di tumbuk halus

Caranya :-
  • Tumis bahan tumis sebentar. Masukkan bahan yang di tumbuk. Hingga naik berbau harum.
  • Masukkan rempah serbuk dan sedikit air. Letak rempah sup bunjut. Kacau rata.
  • Masukkan carrot dan kentang. Biar hingga masak dan mendidih kemudian masukkan isi ketam dan seimbangkan rasa.
  • Tabur daun sup.

Sunday, October 16, 2011

ROASTED CHICKEN

ROASTED CHICKEN menu malam tadi...simple dan berkhasiat. Terasa dok omputeh le sekejap sebab dinner style cenggini.....waakaakaa....!!!!! Bukan apa...sesekali tukar selera tak salahkan....ada le jugak kelainan....betoi tak..????

Apapun versi campak² dan bubuh apa yang terlintas serta kesuaian dengan bahan yang ada ternyata tak mengecewakan langsung....memang sedap hingga menjilat jari ke titisan tulang yang terakhir......amboi bahaya tu....tapi sungguh...memang sedap dan pastinye akan buat lagi.

Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam
6 biji bawah merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
2 sudu besar Rosemary - kite guna yang dry jer...cari fresh tak jumpa
1 sudu besar mix spice
1 sudu besar Paprika
2 sudu besar black Pepper
Garam
Olive oil
Bahan bertanda * di parut halus atau tumbuk

Bahan sampingan :-
3 biji kentang - basuh tapi tak payah buang kulit dan dibelah dua
2 batang carrot - di potong bulat dalam 1 inci tebal

Caranya :-
  • Ayam di sapukan dengan sedikit garam dan satukan kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Perap dalam 1 jam agar semua bahan meresap ke isi ayam.
  • Bahan sampingan di rebus hingga empuk dan toskan. Gaulkan dengan sedikit garam, black pepper dan olive oil.
  • Semasa nak bakar letak dalam dulang pembakar dan taburkan dengan kentang serta carrot tadi.
  • Bakar sehingga 40-50 minit. Kalau nak garing lagi maka lamakan lagi masa membakar. mengikut kesesuaian oven masing² ye...

Saturday, October 15, 2011

LAKSA PENANG

LAKSA PENANG cubaan memasaknya buat pertama kali yang membuahkan hasil yang membanggakan buat diri sendiri....apatah lagi bila mendapat pujian dari Tuan Tanah....bangga dan ober sikit tersengehnya....selama ni kalau nak makan laksa...mesti laksa Johor menjadi pilihan utama....orang Johor lah katakan...

Kali ni kita ikut cara arwah kawan kita yang memang mantop kalau buat laksa penang ni. Dah lama sangat peram resepi ni...bertahun²....caranya mudah dan ringkas jer...

Bahan-bahannya :-
1 kilo ikan selayang - direbus dan blender isinye.
10 ulas bawang merah * dikisar
Sekeping belacan * dikisar
3 sudu besar lada kering kisar
5-6 keping asam keping @ lebih
Daum kesom
Bunga Kantan
Air secukupnya

Bahan-bahan lain :-
Timun
Bawang
Nenas
Cili padi
Limau Kasturi
Telur rebus

Caranya :-
  • Satukan bahan kisar bersama isi ikan dan air. Rebus semua sekali. Biar mendidih
  • Masukkan juga bunga kantan, daun kesom dan asam keping.
  • Masukkan bahan perasa dan seimbangkan rasa.


Friday, October 14, 2011

LEMPENG BAWANG

Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 1/2 cawan air - ikut kepekatan
2 camca besar minyak masak
5 pokok kuchai - dihiris halus - kite tak bubuh
Garam secukup rasa
1 biji telur
1/2 camca teh baking powder - kite tak bubuh
Sambal tumis untuk dicicah

Caranye :-
  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  • Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  • Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.

Wednesday, October 12, 2011

ROTI PUTIH MADU HARUM VANILA

ROTI PUTIH MADU HARUM VANILA agenda meroti malam tadi untuk bekfes pagi nanti. Meroti lagi...nak buat cemana tengah kemaruk makan roti buatan sendiri maka layan jer lah erkk.....

Memang sedap roti ni...makan dengan jem pilihan atau air kopi O atau cecah kari pun sodap...ikutlah selera memasing bagaimana nak merasa nikmatnye rezeki Allah ini ye...kite makan dengan sapuan Nutella jer...fuyooo sedap wooo kena pulak dengan pekat likat cokolat nutella tu...

Sumber Resepi : Ros Jintan Manis
Bahan-bahanya :-

500gram tepung roti
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti
3 sudu besar shortening@lemak sayuran
220ml air suam
6gram yis
4 sudu besar water roux - kite gantikan dengan bread improver
1 sudu kecil garam
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya :-
  • Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
  • Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  • Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tuesday, October 11, 2011

ASAM PEDAS DAGING

ASAM PEDAS DAGING dah terlalu lama rasanya tak masak asam pedas daging. Sesekali tukar bahan asas untuk asam pedas....terasa kelainan dan bila makan pun macam tak hingat donia jer kan.....sape lagi...kite le....

Masakan ni lebih kurang sama jer dengan asam pedas ikan or ayam...cuma ada 2-3 bahan tambahan macam daun limau purut dan lengkuas....sebab kalau masak asam pedas ikan kita tak bubuh pun 2 bahan tu.

Mari kita tengok apa bahan-bahannya.....zassssssss...!!!!!


Bahan-bahannya :-
1/2 kilo daging batang pinang -dipotong kecil dan rebus sekejap
3 helai daun limau purut
2 @ 3 sudu besar lada kering blender
Daun kesom
2 cawan air + 1 cawan air asam jawa
garam secukup rasa

Bahan Kisar :-
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
1 biji buah keras
1 inci belacan




Caranya :-

  • Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan lada kering blender. Kacau dan biarkan sehingga terbit minyak.
  • Masukkan daging tadi dan kacau sebati. Masukkan air + air asam jawa.
  • Bila dah hampir mendidih, masukkan garam dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan daun kesom.

Monday, October 10, 2011

KUEH LOMPANG

KUEH LOMPANG antara kueh tradisi melayu yang menjadi kegemaran kita...sedap dimakan untuk minum petang di bawah rimbunan pokok ceri bersama kopi O panas....adehhh...berangan sudahhh...!!! (ingat mesti bawah pokok ceri tau...kalau tidak...pastinye tak syiokkk...!!!)

Namun angan² tinggal angan² jer sebabnya macammana nak makan bawah rimbunan pokok ceri....pokok jambu air depan rumah yang di tanam pun abis '' kiok '' di makan kambing...pantang naik tunas baru ...abis di tedasnye....nak kena tembak itu kambing...idak pun owner kambing tu....aiyakkss...melalut sudah.

Sumber resepi : Rini's stories

Bahan-bahannya :-
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
4 cawan air
1 sudu kecil esen vanila - optional
1 helai daun pandan
Kelapa putih parut
Garam
Pewarna -kite guna hijau, kuning dan merah

Caranya :-
  • Panaskan kukusan
  • 2 cawan air dimasak bersama gula dan daun pandan hingga gula larut. 2 cawan lagi di satukan bersama dengan tepung.
  • Satukan bancuhan tepung bersama bancuhan gula tadi. Kacau jangan sampai bergentil atau nak senang blender jerk.
  • Masukkan esen vanila kalau suka. Bahagikan kepada beberapa bahagian - ikut berapa warna ye...
  • Kukus dalam tempoh 15-20 minit.
  • Gaul bersama kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam.

Saturday, October 8, 2011

MEE REBUS TULANG

MEE REBUS TULANG santapan sekeluarga untuk hari sabtu ni....alhamdulillah rezeki Allah yang tak ternilai nikmatnya kan....

Pagi-pagi lagi dah ke Pasar Kuantan semata² nak cari tulang fresh...alhamdulillah nasib baik ada. Sebenarnya dari dari semalam Tuan Tanah dan menyuarakan hajat nak makan mee rebus. Maka dengan senang hati kite buat kan....lagi pun diri sendiri pun dah lama tak makan mee rebus.


Jom intai macam mana kita masak....versi sendiri okeh...memang cenggini lah dari dulu kita masak...

Bahan-bahannya :-
1 kilo tulang
4 biji keledek - direbus dan dikisar
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 batang serai *
2 @ 3 sudu besar lada blender
3 sudu besar udang kering - dikisar halus
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tauchu
2 cawan santan pekat
2 keping asam keping
1 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
* dikisar halus

Bahan-bahan lain :-
1 kilo mee kuning - dicelur dan toskan
3 biji lada hijau
Taugeh - dicelur
Limau kasturi
Telur - direbus
Bawang goreng
Daun sup dan bawang


Caranya :-
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada blender dan rempah kari. Biar hingga terbit minyak dan masukkan udang kering dan tauchu.
  • Masukkan sedikit air rebusan tulang tadi dan masukkan santan, gula melaka. Kacau biar sebati dengan api perlahan.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan tulang serta bahan perasa dan asam keping. Seimbangkan rasa.

Wednesday, October 5, 2011

ENGLISH COTTAGE BREAD WITH ALMONDS

ENGLISH COTTAGE BREAD with almonds memang sedap dimakan ketika menikmati sarapan pagi mahupun minum petang bersama kopi O panas.....waalaaaa punye le besar rezeki Allah yang tak ternilai nikmatnya ini.......alhamdulillah.

Ekceli kita buat roti ni tengah malam... kunun² nak buat bekfes esok...tapi lom sempat pagi dah 1/2 roti tu terkorban....potong pun tengah suam² sebab ketidaksabaran nak ngapp... al-maklum le lapor pun ye tengah² malam ni....

Memang sedap kalau makan cenggitu atau bersama jem kegemaran...ikut pilihan masing². Kita follow resepi dari CMG tapi ada sedikit pertambahan...kite buh badam dalam bancuhan adunan serta untuk tabur kat atas tu. Memang sedap, bila makan terasa kerangupan badam tu...harum jer baunya...menusuk kalbu.

Sumber resepi : CMG Tiffin biru

Bahan-bahannya :-

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur -kacau 1 biji telur, dan timbang
130 ml air sejuk - dari peti ais
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*
Badam - kita tambah bubuh dalam adunan dan untuk tabur atas roti.

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
  • KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap
  • Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  • Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula (kita tabur dengan kepingan badam). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  • Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...