Thursday, December 29, 2011

FRESH BLUBERRY CUPCAKES

FRESH BLUBERRY CUPCAKES memang best sangat bau cupcakes ni masa proses membakar....harumnya menusuk kalbu dan membuatkan gelora selera tak sabar² nak merasa. Kite buat semalam malam untuk bekal anak² saudara nak balik ke JB pagi tadi....

Apapun penantiannya ternyata berbaloi sangat....sedap dan lembut jer cupcakes ni. Anak² saudara kite pun kata..." Mok chu, sedap arrr...lembut sangat...'' Memang best dan tak rugi buat tau...resepi yang pasti akan di buat berulang kali....tq CM atas perkongsian resepi yang ternyata sedap!!


Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan-bahannya :-
180 gram mentega
140 gram gula halus
2 biji telur grad A
100 ml susu segar
220 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
100 gram buah blueberi segar - kite guna 125gram
1 camca teh esen vanilla

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 180c, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Buah blueberri dicuci dan toskan. Lap dengan papertowel hingga kering. Ketepikan.
  • Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar sebati.
  • Masukkan bluberri dan gaul secara perlahan hingga bergaul bersama adunan.
  • Sudukan 3/4 penuh dalam muffin cup tadi, bakar 25 minit atau hingga masak, hingga permukaan cupcake keperangan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.. Selamat mencuba!!..

Sunday, December 25, 2011

LASAGNA

LASAGNA menu simple dinner tadi, badan penat sangat nak masak yang rumit² setelah seharian berjalan cuci² mata serta beli keperluan dapur. Maka Lasagna menjadi pilihan untuk santapan keluarga. Sedap kalau makan suam² gitu....sesekali dinner macam omputeh apa salahkan...tukar selera...

Next time kalau buat kena keringkan sikit lagi kuah dagingnya itu, supaya kurang sikit kuahnya bila lasagna dah masak. Tapi memang sedap sangat....rugi kalau x cuba...apapun ianya memang menepati citarasa kite lah...orang lain...nak tahu kena lah cuba....idok gitu...???

Sumber Resepi : Masam Manis
Bahan-bahan untuk KUAH DAGING :-
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas - kite x bubuh
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula - kite x bubuh
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging
Sedikit lada hitam

Caranya :-
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan kiub daging.
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna nanti)
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  • Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce

Bahan-bahannya untuk CHEESE SAUCE :-

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam

Caranya :-

  • Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  • Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  • Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

Bahan hiasan :-

1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ jika suka kite x bubuh
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Carannya :-
  • Lasagna tak perlu di masak ye!
  • Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
  • Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
  • Tuangkan sedikit cheese sauce tadi dan taburkan daun bawang
  • Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
  • Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna, tuangkan baki Cheese Sause
  • Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
  • Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese dan akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
  • Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi. Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar. Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
  • Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Thursday, December 22, 2011

Fuhhhhh.....legaaaaaa!!!!!!

Tadi blog dan email ada masalah...blog dikatakan has been removed dan email dikatakan disabled...pening gak tapi setelah dicuba pelbagai cara dengan bantuan beberapa rakan....segalanya back to normal....Alhamdulillah..

Sementara menunggu blog & email ok...ke dapur tumbuk sambal....pelepas geram....batu lesung jadik mangsa...lada dan belacan lumat ku kerjakan....tanda protes...! Boleh cenggitu...??? maka layan lah sambal belacan ni...keduanya mangsa keadaan tapi tetap POWER...!


Wednesday, December 21, 2011

SAMBAL TELUR PUYUH

SAMBAL TELUR PUYUH walaupun kolestrol tinggi untuk telur puyuh ni, tapi kalau dah ada depan mata apa lagi....bedal jer lah kan...kite pun bukan selalu sangat makan telur puyuh ni setahun rasanya tak sekali kot....ye ke...???? ermmmm....

Selalu kalau telur puyuh memang masak sambal le pilihan hati...gandingan makan bersama nasi lemak hijau aroma pandan tadi tu. Walaupun tahap kolestrol dalam telur puyuh tu tinggi tapi macam biasa kalau perut dah lapor...itu semua jatuh no.2....heehee...makan jer...selagi buleh makan kan..?

Bahan-bahannya :-
12 biji telur puyuh - dibersihkan dan rebus hingga masak
4 sudu besar lada kering kisar
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1/2 incin belacan *
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan serbuk perasa jika suka
Sedikit gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk atau blender halus)

Cara-caranya :-
  • Telur yang siap direbus dikupas kulit dan ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris dan bahan tumbuk, goreng hingga harum.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak, kemudian masukkan air asam jawa dan gula, kacau sebentar.
  • 4. Masukkan telur rebus dan kecilkan sedikit api dan masak hingga kuah hampir kering sedikit.
  • Tambah garam dan sedikit serbuk perasa, kacau rata. Perasakan dan bolehlah ditutup api.

NASI LEMAK HIJAU AROMA PANDAN

NASI LEMAK AROMA PANDAN menu untuk hari ini, ringkas dan lepas makan sure layan bantal pulak memandangkan cuaca kat Kuantan ni memang sesuai sangat untuk ke arah peningkatan berat badan....makan tido, makan tido sebab sejukkkk....hujan...!

Kita dah banyak kali buat nasi lemak cenggini sejak mula² buat dulu ka SINI memang sedap sangat lah kalau makan dengan aroma dari daun pandan asli membangkitkan lagi selera....harum jer baunya...

Jom intai resepi mudah lagi ringkas...

Bahan-bahannya :-

3 cawan beras
1 kotak santan Kara - secukupnya mengikut sukatan beras.
3 helai daun pandan - diblender untuk ambil jusnnya
1/2 labu bawang besar - hiris halus
1 batang serai - di ketuk
1 batang kayu manis - optional
sedikit garam
1 helai simpulan daun pandan

Bahan-bahan sampingan :-
1 biji timun - dihiris
Ikan bilis goreng
Telur dadar gulung dan dihiris nipis

Caranya :-
  • Basuh beras seperti biasa. Masukkan santan bersama jus daun pandan mengikut sukatan air untuk beras masing².
  • Satukan ke semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.

Monday, December 19, 2011

BLENDED BANANA CAKE

BLENDED BANANA CAKE santapan minum petang semalam dengan cuaca yang sejuk kerana hujan dari pagi....errmmmm... memang sesuai sangat sebab perut lapor kan...??? Ringkas dan senang sangat nak buat.

Tekstur kek ni lembut dan kite buat ikut cara kak Ct Delima buat dengan menambah serbuk koko dalam adunan ni dan ternyata gabungan itu memang sesuai dan kena dengan selera kita. Jadi terpulanglah ye nak bubuh serbuk koko mahupun tidak...mengikut citarasa masing².

Resepi Asal : Rahel
Sumber Resepi : Dari Dapur Ct Delima
Bahan-bahannya :-
Bahan-bahannya :-
4 biji pisang berangan - dipotong kecil²
180 gm minyak jagung/ minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek
Bahan bertanda # di ayak bersama

Caranya :-
  • Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.
  • Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
  • Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Thursday, December 15, 2011

CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS COOKIES

CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS COOKIES yang dah berminggu nak buat tapi asyik tak jadi jer...butter tu dok keluar masuk, keluar masuk fridge jer. Hati makin tak tahan bila tengok seorang rakan kat GTPM ni buat cookies maka semangat nak membuat tu terus membara balik.

Kali ni kita pilih cruncy cookies ni dari blog Rima...memang cruncy sungguh tau dan bila makan pasti terdengar krap kruuppp krappp...memang best...suka sangat. Terasa pulak chocolate bagai dalam ramuan tu....aduhhhhh i loveeeeee it...!!!! Kite ni x kisah cruncy ke...chewy ke...asal nama cookies, ada pulak chocolate.....semua akan kite baham...!!!!

Jom intai resepi...buat tau...anak² sure suka...tak yah dah beli kat Famous Amos....ecehhcehhh!!!

Sumber Resepi : Rima Bisous A Toi
Bahan-Bahannya :-


(A)
250gm butter
160 gram gula kastor
i biji kuning telur
1 sude kecil vanila

(B)
230 gram tepung
1 sudu kecil baking powder - kite tambah
20 gram serbuk koko
100 gram chocolate chips
50 gm nestum
50 gram badam hiris - dibakar sekejap
50 gram chocolate putih - dipotong dalam ketulan besar

Caranya :-
  • Tepung di ayak bersama baking poweder dan serbuk koko
  • Pukul butter bersama gula hingga berkrim dan masukkan kuning telur + esen vanila
  • Masukkan nestum, chocolate chip dan chocolate putih. Gaul rata kemudian masukkan tepung dan gaul hingga adunan bergaul rata.
  • Sudukan 1 sudu kecil dalam dulang pembakar yang dialas kertas minyak. Cookies akan kembang sedikit semasa proses pembakaran.
  • Bakar dalam suhu 165 selama 20-25 minit.

SERI MUKA

SERI MUKA antara salah satu kueh tradisional yang menjadi kegemaran kita juga. Dah lama sangat tak buat memandangkan lalink kite tak berapa nak boleh makan pulut banyak sangat maka sangat² bercinta nak buat sebab x der sapa nak makan....

Tapi dek kerana keinginan anak tekak yang meluap² ni maka kita buat jugak memandangkan ada pinggan jiran yang nak dipulangkan jadi tak lah kite yang ngap sorang kan....

Tersangat sedap kueh ni, kita amek resepi seri muka peranakan dari blog CMG dan kite buat cara seri muka biasa, jom intai resepinya yang tersangat mudah nak buat.

Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan untuk lapisan bawah :-
300 gram beras pulut - kite guna 350 gram
200 ml santan - kite guna 230ml
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh garam

Bahan untuk lapisan atas :-
300 ml santan
3 biji telur gred B
4 helai daun pandan - potong kecil²
180 gram gula pasir - kite guna 150 gram
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau - kite x bubuh

Caranya :-
  • Pulut dicuci, kemudian direndam 3 jam . Alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi.
  • Toskan pulut, tuang ke dalam loyang dan ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
  • Kukus selama 25 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (kite guna belakang senduk). Sambung kukus untuk 5 minit lagi.
  • Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan² untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit (bila kita rasa, bancuhan tu suam kira oklah tu) -
  • Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25-30 minit lagi. Biar kueh betul² sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!...





Monday, December 12, 2011

AYAM SOS CILI SIAM

AYAM SOS CILI SIAM menu pilihan untuk hari ni dan ternyata tak silap....memang menepati citarasa kite yang sememangnya suka masakan macam ni. Kalau makan dengan nasi panas² dengan cuaca yang sejuk mejuk ni.....fuhhhhh memang sure makan tak hingat donia punya....kalau tak bertambah memang le rugi.

Satu masakan yang ringkas sangat tapi rasa yang tidak mengecewakan bagi selera kite lah ye. Kalau ada tetamu mengejut datang memang sesuai sangat masak macam ni...bahan² yang ringkas dan mudah cari dan paling best senang banget nak buat...kalau nak tahu sedap atau tidak....kena lah cuba ok.

Macam biasa resepi skodeng kat antara blog pilihan yang wajib di intai hari²....thanks Kak Ummi sebab kongsi resepi semudah ABC tapi mantoooppppp...!

Sumber Resepi : Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahannya :- (anggaran)

1 ekor ayam sederhana besar - kite guna bahagian kepak sahaja.
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih *
3 helai daun limau purut * - kite tambah
(bahan * dikisar)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus
3 helai daun purut - kite tambah
sedikit gula - optional - kite tak bubuh
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit

Caranya :-
  • Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

Sunday, December 11, 2011

ORANGE ALMOND CHOC CHIP MUFFIN

ORANGE ALMOND CHOC CHIP MUFFIN semenjak rajin memuffin ni pantang nampak resepi muffin gatai jer anak tekak ni nak makan, kali ni kita cuba muffin ni pulak. memang sedap sangat, terasa oren tu kat anak tekak dan baunya harum sangat.....memang best!

Maka bagi peminat² Muffin kena lah cuba ye, kita buat semalam untuk minum petang, memandangkan kat Kuantan tengah hujan memang molek sangatlah kan....perut lapor jerk memanjang. Muffin ni kita dapat dalam 15 ketul jer...mungkin penuh sangat kita isi sebab mengikut Kak Ummi boleh dpt dalam 18-20 biji....

Jom cuba kerana ianya sungguh tak mengecewakan...!

Resepi Asal : Chef Hanieliza Fotogapes
Sumber Resepi :
Kak Ummi Home Sweet Home

Bahan A :- (18-20 biji)
2 cawan tepung gandum *
1 sk. baking powder *
1/2 sk soda bikarbonat * -
(bahan * diayak sebanyak 2x)
1 cawan gula perang
2 sb. chocolate rice
hiasan - choc chips & almond nibs

Bahan B :-
1/2 cawan butter cair
1 cawan jus Orange - (kak Ummi substitute dgn 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren)
1 biji telor - diuluk sedikit
1 sudu kecil orange paste

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  • Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  • Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. Jangan kacau lama sangat cukup setakat bercampur elok je.
  • Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh (3/4 cawan kertas), Taburkan dengan choc chips dan badam.
  • Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan dan jangan sampai tergaring lak. Sejukkan atas redai.

Saturday, December 10, 2011

4 TAHUN SUDAH PEMERGIAN MU.... AL-FATIHAH

Hari ini 10/12/2011 genap 4 tahun pemergian Ayahanda tersayang. Ingatan tetap terpahat, kerinduan terus mencengkam namun sebagai hamba-Nya harus menerima ketentuan yang telah di tetapkan kerana tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Kematian itu pasti dan itu janji Allah yang tidak berganjak mahupun sesaat bila tiba masanya...

Al-Fatihah buat arwah abah dan Bonda tersayang muga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disamping orang² yang disayangi Allah SWT.

Haji Talib Bin Salleh
18-03-1945 - 10-12-2007

Hajjah Zaleha Binti Ahmad
03-03-1944 - 26-11-1995

Thursday, December 8, 2011

CHOCOLATE CHIP BREAD PUDDING


CHOCOLATE CHIP BREAD PUDDING sedap sangat dan ianya menepati citarasa kite yang sememangnya peminat tegar chocolate. Bila makan tu terasa chocolate chip tu melting dalam molut....memang best.

So jangan fikir banyak, jom pakat² cuba dan pada kita memang tak rugi sangat....sedap i tell u..tak perlu makan dengan sos atau apapun...makan solo macam tu pun dah terasa nikmatnya....bagi selera kite lah ye....owang lain x le pasti...nak tahu kena lah cuba buat...

Dek kerana kita pun kurang sabar, puding belum sejuk betoi dah potong maka kurang comey sikit lah dari segi potongan tu...lain kali ikut pesanan penaja ok...potong bila betul² sejuk.

Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan-bahannya :-
10 keping roti sandwich - kite guna gardenia
500 ml susu cair
125 ml double cream - kite guna whipping cream
3 biji telur gred A
40 gram gula perang - kite bubuh 60gm
1 camca teh esen vanilla
100 gram coklat cip
Secubit garam
2 camca besar gula pasir, untuk ditabur

Caranya :-)
  • Roti dipotong kecil (kite potong 4 setiap keping) dan bakar sekejap macam Che Mat buat. Lenser tin bulat 9 inci dengan mentega (kite alas dengan aluminium foil dan lenser dengan sedikit mentega). Susun roti tadi dan tabur dengan coklat chip. Ketepikan.
  • Dalam bekas lain, satukan susu, double cream, gula perang, esen vanilla, garam dan telur, kacau rata dan gula hancur. Tuang dalam loyang berisi roti dan coklat chip tadi, rata². Tekan2 sedikit dan biar terserap kurang lebih 20 minit.
  • Kemudian tabur gula pasir dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga masak. Biar betul2 sejuk baru dipotong dan hidangkan.

Wednesday, December 7, 2011

ASAM PEDAS LAGIK!!!!!

ASAM PEDAS IKAN SEBELAH @ SISA NABI macam biasa menu ulang tayang asam pedas lagik dan lagik, nak buat macam mana kan dah namanya owang Johor dah pastinye sinonim dengan asam pedas. Ibarat seminggu tak pekena asam pedas ,menggigil segala sendi...dah le tulang kite ni dah reput kang tak dapat asam pedas berterabur pulak tulang merata²....sape yang susah....??? Akid jugak yang susah...sebab Ummi tak de nak buat teman gaduh.

Ikan ni memang sedap tau, lembut jer isinya. kita pernah masak Lemak Cili api...pedas² pun sedap cuma kali ni nak cuba masak asam pedas pulak lauk peberet....kalau dah ikannya sedap, masak apapun tetap kelazatan tu terasa...

Macam biasa cara dan kaedah yang sama kita masak asam pedas, itu yang diajar arwah mak...itu le cara yang selalu kita guna...jom layan resepi Astro ni...selalu benor siaran ulang tayang..

Bahan-bahannya :-
3 ekor ikan sebelah @ sisa Nabi - kite kerat 2
5-6 batang bendi muda
sedikit jus asam jawa
5 sudu besar lada kering kisar
2 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Daun kesom

Bahan ditumbuk halus:-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Caranya :-
  • Tumiskan serai serta bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau dan masukkan cili kering kisar. Biar hingga garing dan masukkan air secukupnya.
  • Biar hingga mendidih, masukkan ikan serta air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa.
  • Bila ikan agak masak, masukkan bendi serta daum kesom. Bila kuah mendidih boleh lah ditutupkan api.



Tuesday, December 6, 2011

TUNA ROLL

TUNA ROLL untuk bekfes pagi tadi, semenjak ada BM ni memang rajin le bebenor nak membuat roti sendiri, senang le sangatkan...masuk sume bahan dalam BM, tekan pastu boleh buat kerja lain sementara Bibik ni menjalankan tugas yang diamanahkan. Makan roti pepanas ni lain nikmatnya.
Tuna Roll ni kita dah pernah buat dulu dan memang sedap serta lembut jer rotinya. Macam Biasa resepi kita skodeng kat blog CM. Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Asal sedap mesti akan di buat lagi dan lagi dan lagi kan....jom intai macam mana nak buat Tuna Roll ni...zaaaaaasssssssss!

Sumber Resepi :- CMG Tiffin Biru
Bahan Untuk Doh :-
250 gram tepung roti -high protein flour
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur - 1 biji telur kacau dan timbang
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam -kalau guna Breadmaker guna air biasa

Bahan untuk Inti Tuna :-
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur - kite guna yang spread Tuna so tak payah toskan
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar - dadu kecil
1 pokok daun bawang @ daun kuchai - hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi - perah jusnya -optional
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara membuatnya : -
  • UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  • KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing²).
  • UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  • Doh ni lepas keluar dari BM agak lembik sikit, kita guna dalam segenggam tepung dan uli sikit supaya senang untuk di gelek. Masa mengelek tepung ni sapukan torak tu dengan tepung sedikit supaya mudah mengelek dan doh tak lekat **
  • Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Monday, December 5, 2011

APAM YOGURT TERSENGEH

APAM YOGURT TERSENGEH, impian seribu harapan mengharapkan ianya mekar indah sekembang kembangnya seperti pertama kali jatuh cinta tengkok apam ni di sini dan terus jatuh cinta tahap tak boleh tido bila terlihat di sini pulak namun apakan daya sehabis mampu hanya tersengeh sedemian rupe....udah le tak mekar sejambak...sengeh pun ala² shy² cat kesejukan gitu...!!!! Adoiiiiii....

Tak tahu mana silapnya....silap sentuhan ke, silap pukulannya ke, silap kepanasannya ke atau memang tangan ni tak boleh fallen in love with apam.....huwaaaaa...nak nanges bila tengok..!!! walaupun tak semekar harapan namun rasanya tetap sedap bila masuk molut....( ayat penyedap hati kite jerk ni....heehee...tapi seyes cakap, memang sedap..!!!).

Nota semangat membara : akan ku cube lagik sampai mekar...kalau tak mekar jugak...nak simpan kukus tu dalam gobok dapur paling atas....majuk setahun tak moo makan apam!!!!!

Resepi Asal : Rima
Sumber Resepi : Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahannya :-
2 cawan gula - kite letak 1 1/3 cawan je, itu pun dah manis
1 sudu teh ovallete
2 cawan tepung
1 cawan yogurt segar asli
1 biji telor
1/2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh serbuk koko- kite tak letak
1 sudu teh pes coklat - kite tak letak
beberapa titis pewarna pink & biru

Cara-caranya :-
  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  • Sementara itu, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk (kecuali pewarna. Pukul hingga sebati, bertukar warna putih pucat dan pekat beralun.
  • Asingkan 5 sudu besar adunan dan campurkan dengan pewarna.
  • Masukkan adunan tanpa pewarna ke dalam plastik yg digunting bucunya agar mudah untuk picit ke dalam acuan yang sesuai. Kemudian paipkan hingga 3/4 penuh adunan tanpa warna dan paipkan pula adunan yang bewarna di tengah.
  • Kukuslah selama 15 - 20 minit/hingga apam kembang mekar. (Balut pengukus dengan kitchen towel)

Tuesday, November 29, 2011

CUSTARD TEACAKE

CUSTARD TEACAKE antara resepi yang dah lama sangat kite simpan dan nak buat tapi seru nak membuat tu tak memanggil dengan jayanya , hanya print dan simpan dalam folder jer resepi tu hingga lah hari ni macam diseru² suruh buat. Memang popular sekejap ari tu sebab ramai blogger² masakan yang berlumba² membuatnya...dan ramai antaranya mengatakan yang custard teacake ni sedap..

Bagi kite oklah dari segi rasa....ketika makan tu terasalah lemak custard kat dalam molut...kita saje gatai buh dalam muffin cup dan alhamdulillah menjadik gak. Teksturnya agak rapuh di luar dan lembut di dalam . Sesuai untuk hidangan minum petang.


Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan kek :-

125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Custard
1 camca besar tepung custard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega - (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


Cara membuatnya :-
  • UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci - (Kite guna Muffin cup)
  • Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  • Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...