Thursday, November 17, 2011

GOLDEN PUMPKIN BUN

GOLDEN PUMPKIN BUN hidangan yang di buat setelah lama sangat tak bersiaran setelah cuti panjang goyang² kaki kat kampung sempena Aidil Adha hari tu....memang lama woooo cuti...maka kini Ummiakid kembali rajin....heeheee...kunun² gitu..!

Bun ni memang ternyata sedap dan lembut sangat , bila makan memang tak sedar. Sedap dimakan kosong macam tu aje atau dengan jem kesukaan...celup kopi O lagi sodapppp...!!!! Sungguh tak rugi mencuba resepi ni.

Apalagi jom kita intai apa resepinya.....!!!

Sumber Resepi : Ros Jintan Manis
Bahan-bahanya :-
350gram tepung roti -(tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
80gram labu - rebus kemudian lecek barulah ditimbang
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula - kalau nak manis boleh tambah lagi - kite bubuh 6 sudu
Sedikit gula untuk topping

* untuk gliss*
egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya :- ( Doh Roti)
  • Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, doh mmg agak lembik sedikit just taburkan tepung sedikit ketika menguli tadi dan selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
  • Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba

1 comment:

  1. entah bilalah dapat buat roti ni, teringin tapi takut takde org yg makan

    sendiri makan bertambah bam bam lah pulak nanti, mintak sikit kak

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...