Tuesday, November 29, 2011

SHEPHERD'S PIE

SHEPHERD'S PIE dinner ringkas malam tadi untuk keluarga tersayang, malas nak masak berat² maka menu Shepher'd pie menjadi pilihan dan ternyata tak silap sebab memang sedap sangat. Nak buat pun tak susah mana dan sedap kalau makan suam² gitu...

Kita buat 1/2 adunan jer dari resepi di bawah dan dapat 5 remakin, gam² untuk kite 3 beranak. So bagi siapa yang nak diet tak moo makan nasi malam² menu ni bagi kite sesuai sangat...tak rugi mencuba dan belum abis makan....,tuan tanah siap cakap lain kali buleh buat lagi...!!!! itu pastinya sedap kan....so jom cuba...!

Resepi Asal : Chef Hanieliza @ Buku 1 hari 1 resepi
Sumber Resepi :
Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan A (Untuk Inti):-
500 gram daging kisar
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 ulas bawang putih - dicincang
1 cawan kacang panggang - kite tak letak
8 biji cendawan butang - dibelah 4
5 biji tomato masak -dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 pokok daun parsli - dicincang - kite tak letak pun
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak - kite guna minyak zaitun)
Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti :-
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  • Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  • Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  • Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  • Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai) :-
1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-
  • Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  • Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  • Gaulkan dengan susu segar (tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  • Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil atau ramekin. letak sedikit kentang sebagai base sebelum bubuh inti.
  • Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. (letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (Kite bakar dengan suhu 190C je) selama 30-45 minit hingga bahagian atasnya keperangan.
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu.


10 comments:

  1. tak susah ye nak buat ni, nanti nak try lah, tapi kena carik ramekins dululah pulak

    ReplyDelete
  2. Tina Othman - yup senang jer dan kalau x der ramekins pun buleh jer...beli bekas aluminium yang kecik² tu pun buleh. Pada akak mmg sedap lagi² makan suam² gitu.

    ReplyDelete
  3. kalau kita jumpa nanti, KC nak suruh lily masak macam2. hihihi.

    ReplyDelete
  4. sedapnya SP....leleh liur tengok!

    ReplyDelete
  5. Assalam Lily...yuhuuuu...SP ada lg ke xda dah? Apasaii wat half resepi jek...xpun leh hantar ke Cenderawasih sikit...hehhee... cantik ramkin...beli kat Ktn ke tempat lain tu Lily? Akak dah lama gak x jalan2 kat Ktn cari tools gini, asik ke KL jek...hehe, ada jual sini eh..

    ReplyDelete
  6. Kak Chik - heehee..buleh jer...InsyaAllah akan cuba yang terbaek...x pandai mana pun.

    ReplyDelete
  7. Amie - mmg sedap..nanti cuba lah ye...

    Kak ummi - haahaa...kentang ada sikit jerk...dek kerana malas nak ke kedai so buat 1/2 jer. Memang sedaplah kak kan...nak² makan suam²...mabeles...tq kak
    Ramekin tu saya beli kat Kuantan jer kak...

    ReplyDelete
  8. Salam...nk tny..beli ramekins kat kuantan tu kat mne ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. MynameisXY ~~ wsalam, saya beli ramekin tu kat kedai apek dijalan besar Kuantan dekat dgn kedai basikal tu. Banyak dan pelbagai size.

      Delete
  9. Salam..bole bg mklumat detail x ktne nk bli ramekin kt kuantan ni..sye bru duk cni n mmg ngah carik ramekin ni..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...