Friday, November 25, 2011

EGG BENEDICT

EGG BENEDICT sarapan ringkas untuk hari ni, sedap dan ringkas serta senang nak buat. Sesekali sarapan macam ni memang enak serta satu kelainan kan dan yang penting berkhasiat untuk segala tumbesaran kehidupan....tak gitu...???

Kalau nak sarapan yang mudah dan senang nak buat serta enak, jangan lupa cuba resepi ni okey....senang le sangat dan sedap dimakan ketika panas.

Sumber Resepi : Masam Manis
Bahan-bahannya :- Hidangan untuk 2 orang
2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit oregano - optional

Caranya :-
  • Sapu bekas muffin atau bekas membakar kecil yang digunakan dengan sedikit butter.
  • Butterkan roti dan taburkan sedikit lada hitam dan garam
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam dan garam dan oregano.
  • Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
  • Sedia untuk di nikmati

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...