Monday, November 21, 2011

MEE KUNING GORENG apa jer yang adooo....

MEE KUNING GORENG tak cukup bahan tapi tetap menyelerakan kalau dah masak sendirik....tak gitu...??? tak tahu nak bekfes apa pagi tadi sebab keadaan fizikal badan pun still tak ok sangat. Setelah di skodeng apa yang ada dalam peti ais....maka terhasil lah mee goreng tak cukup bahan....apapun tetap licin hingga menjilat sudu garpu....heehee...

Sebenarnya kita tingin nak makan mee goreng ala-ala basah ni dari terlihat kat sini....kecur dan terliur sangat...tapi dek kerana badan masa tu x larat sangat maka simpan dulu keterliuran tu sampai hari ni....

Jom intai resepi ala-ala jer ni...kalau nak meriah lagi buleh le tambah apa pun bahan yang suka ya...udang ke, daging ke, fish cake @ fish ball ke....kite buat berasaskan apa yang ada jer...malas nak ke kedai pepagi hening ni....

Bahan-bahannya :-
1 bungkus mi kuning- cuci dan toskan
Sedikit sawi
2 biiji telur
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
sedikit air
Garam
Hirisan cili merah untuk hiasan

Caranya :-
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, kicap manis, kicap pekat
    kacau rata.
  • Masukkan sedikit air. Kacau rata kemudian pecahkan telur. Masukkan bahan perasa dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan mee dan sawi. Gaul kesemua hingga rata. Masak sekejap dan tutup api.
  • Hiaskan dengan lada merah hiris.


3 comments:

  1. kosong je ye kak mee ni, tina suka juga nak makan tapi tak tahan lah, mesti pening kepala

    buat pedas2 best kan, mintak sikit

    ReplyDelete
  2. Tina Othman - aahh...kosong jer sebab tu jer yang ado dlm peti ais...malas nak kedai pepagi ni..apapun licin tetap licin...

    Amie - sodappppp kan...? heehe..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...