CUCUR BAWANG BERKENTANG menu sarapan pagi kali ni....ringkas dan sesuai sangat dengan cuaca sejuk² ni....senang nak buat dan yang penting cepat siap....perut dah laporrr...!!!
Alahai....cucur simple dimple pong nak post erkk....bior le kan....blog teman...ada aku kesah.... Jom intai resepi tutup mata pong buleh buat...!!!
Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - di dadu
2 biji kentang saiz sederhana, kupas, didadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris
1 biji lada hijau - dihiris - optional
Sos cili atau sos kegemaran sebagai pencicah - kite guna sos cili Thai
Caranya :-
- Satukan semua bahan diatas kecuali sos, garam dan air. Gaul rata, tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat adunan yang boleh di jemput dengan jari mahupun sudu. Rehatkan sebentar dalam 10 minit.
- Panaskan minyak untuk menggoreng, Goreng hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian. Angkat dan toskan.
- Sesuai untuk hidangan minum petang mahupun sarapan pagi.....yokkk bekfes..!!!!
macam lama tak datang sini... terbau cucu bawang yang sedap di sini...tumpang seketul ye Ummiakid..
ReplyDeletethanks Amie...menu ringkas jer...tapi licin jugak...heehee..
ReplyDeletekak lily, cucur kentang ni mmg slalu iza buat utk budak2....tp iza letak serbuk ikan bilis sikit sbg penambah perisa...
ReplyDeletelapar perut tina tgk cucur akak tu, ala kak suka kitalah nak post apa pun, blog kita bukan blog dorang, sibuk je
ReplyDelete