Wednesday, November 2, 2011

PUTERI AYU

PUTERI AYU kueh yang jarang² sekali kite buat, tak tahu kenapa....nak kata tak suke...laju jer kalau makan, nak kata suka...kenapa jarang buat erkk...???? alahai manyak songeh le pulak...!!! Sepatut dan seharusnya kite buat semalam mengikut perancangan awal tapi dek kerana keluar untuk menyelesaikan urusan membawa ke petang, maka ditunda ke hari ini....

Kite buat untuk minum petang tadi....1/2 adunan dari bancuhan asal resepi pun dapat nak dekat 30 biji dan dengan jumlah begitu banyak untuk kite ber-3. Maka seharusnya dikongsi bersama jiran² sebelah baki yang tinggal kat rumah....sekali hadap....selesaiii....!!!! Masuk molut memang tak sedar...alih² abis dan kekenyangan....alhamdulillah.

Kali ni kite cuba resepi hasilan skodeng blog kak Ummi, ternyata bagai di kata memang lembut hasilnya. Dulu kite pernah buat resepi dari kenalan lama tapi ada beza lah....resepi ni memang lembut dan sedap sangat....komen Tuan tanah pun kata sedapppppppp sangat....!!!!

Sumber resepi :- Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahannya :-
( 40 biji - bergantung pada saiz acuan )

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula - kite letak 270gm sahaja mcm kak ummi buat
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya - digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi

Cara-caranya:

  • Panaskan kukusan.
  • Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  • Kacau lagi hingga sebati.
  • Sapu sedikit minyak pada acuan.
  • Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  • Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  • Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


2 comments:

  1. tina ni nak buat tak terbuat2, kak agak2 kuih ni boleh frozen kan ke, ingat nak bwk balik kg raya haji ni

    ReplyDelete
  2. Tina Othman - x leh frozen lah dear...nanti tak sedap rasanya...if nak buat balik sehari sebelum balik tina buat & simpan dlm fridge jer...nanti nak makan kukus balik sekejap...InsyaAllah ok.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...