Tuesday, November 22, 2011

PUDING KARAMEL

PUDING KARAMEL tak pernah buat sendiri tapi dah selalu makan dan jumpa yang macam² rasa. Kali ni kite cuba buat sendiri atas permintaan Tuan tanah yang sesekali demand bukan main lagik....

Puas skodeng blog ke blog dan tertarik dengan resepi yang kite jumpa kat blog kak ummi...nampak senang dan bahan pun ringkas dan sume ada kat dapur tu...sebab amat lah penting bila permintaan mengejut ni kena tengok apa ramuan yang ade...sebab malas nak ke kedai....tak gitu...????

Jom intai resepi dan yang penting....ternyata sedapppppppppppppppp!!!!!!!

Sumber Resepi : Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahannya :-
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu esen vanila

Bahan untuk sos caramel :-
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air

Cara sediakan caramel :-
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar kuning keemasan.

Cara penyediaan puding :-
  • Pukul telur hingga kembang.
  • Setelah itu masukkan gula. kemudian masukkan susu sejat dan air.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang sos (caramel) dan kukus hingga 25 minit.
  • Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan dalam peti sejuk.
  • Biar betul² sejuk baru keluarkan dan sedia untuk di hidangkan.
Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.




3 comments:

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...