Tuesday, January 31, 2012

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM ~~ lunch semalam sebab tak sempat nak masak yang berat² memandangkan agak bz le sikit semalam....ntah apa yang di bz kan sangat pun tak dapat nak dikesan....alasan baek punye sempena Awan Nano menang dan sebab insiden paling x leh lupa....gedebuk kat porch gara² lantai licin.....malu seiiii...!!! ada owang nampak le pulok...

Jarang² masak spaghetti style cenggini sebab agak tak minat sangat tapi memandangkan Akid suka sangat makan jenis Carbonara ni.....maka Ummi pun kena lah ngap sekali.....tapi kalau sesekali terasa sedap jugak....! Tapikan...memang sedap tau....alasan lagik..! (sebab sendiri masak...heehee...)

Jom intairesepi cara simple versi sendiri....

Bahan-bahannya :-
1/2 paket spaghetti - direbus + sedikit garam
1 botol carbonara mushroom souce -
Daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu

4 ulas bawang putih - dicincang
6 biji cendawan butang - hiris nipis
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Olive oil - untuk menumis
Daun selasih - optional

Caranya :-
  • Daging kisar ditumis garing sekejap utk buang sedikit air daging tu. Ketepikan
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar. gaul rata.
  • Kemudian masukkan sos carbonara + sedikit air jika terlalu pekat.
  • Perasakan garam dan letak lada hitam.
  • Bila nak makan gaulkan spaghetti dan bolehlah dihidangkan dengan sedikit hirisan daun selasih jika suka.


2 comments:

  1. nanti nak try versi yg ni lah pulak, tak guna cheese kan, pastu guna sos, muak tak mcm ni?

    ReplyDelete
  2. Tina ~~ alhamdulillah akak leh makan pulak kali ni. Tapi akak guna yang dlam botol kaca. Dulu try yang dlm tin...lain sikit dan tak muak...buh lada hitam tu yang kurang muak...try lah nanti..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...