Monday, December 12, 2011

AYAM SOS CILI SIAM

AYAM SOS CILI SIAM menu pilihan untuk hari ni dan ternyata tak silap....memang menepati citarasa kite yang sememangnya suka masakan macam ni. Kalau makan dengan nasi panas² dengan cuaca yang sejuk mejuk ni.....fuhhhhh memang sure makan tak hingat donia punya....kalau tak bertambah memang le rugi.

Satu masakan yang ringkas sangat tapi rasa yang tidak mengecewakan bagi selera kite lah ye. Kalau ada tetamu mengejut datang memang sesuai sangat masak macam ni...bahan² yang ringkas dan mudah cari dan paling best senang banget nak buat...kalau nak tahu sedap atau tidak....kena lah cuba ok.

Macam biasa resepi skodeng kat antara blog pilihan yang wajib di intai hari²....thanks Kak Ummi sebab kongsi resepi semudah ABC tapi mantoooppppp...!

Sumber Resepi : Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahannya :- (anggaran)

1 ekor ayam sederhana besar - kite guna bahagian kepak sahaja.
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih *
3 helai daun limau purut * - kite tambah
(bahan * dikisar)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus
3 helai daun purut - kite tambah
sedikit gula - optional - kite tak bubuh
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit

Caranya :-
  • Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

9 comments:

  1. Farah ~~ cuba lah nanti...bagi akak resepi yang ringkas dan ternyata sedap menepati selera akak lah...

    ReplyDelete
  2. Assalam Ummiakid,
    tang daun limau purut tu yang tak tahannya... tak tahan nak memakannya, adussssss sedap!

    ReplyDelete
  3. Waaaaaaaaaaaahhh...x simpan sikit untuk akak ke? Xpun akak xyah susah2 masak hari ini... Suka ek..alhamdulillah...nnt try masak sotong ke, udang ke, ayam ke...tp jgn lupa hantar kat akak eh...ekekkekeke

    ReplyDelete
  4. bestnya, ingat nak buat mlm tadi tapi masak lain lah pulak

    ReplyDelete
  5. K. Amie - aahh kan...daun limau purut ni mmg membangkit aroma serta menerujakan selera kan...

    ReplyDelete
  6. Kak Ummi - suka sangat kak...pada saya mmg sedap dan senang nak buat...lalink pun komen sedap. Ok nanti saya cuba dgn udang or sotong lak..InsyaAllah kita tapau utk akak ehhh...

    ReplyDelete
  7. Tina - lain kali cuba lah...akak suka pulak. Makan dgn nasi panas²...

    Kak Chik - try nanti ye...harap KC suka sebagaimana saya suka.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...