Tuesday, January 31, 2012

TIRAMISU

TIRAMISU lagi...suka sangat makan dessert ni dan ari ni tetiba tekak ni macam teringin pulak maka dengan kerajinan yang ade tu maka terhasil lah tiramisu ni. Kite dah pernah buat dulu sekali tapi menggunakan resepi yang lain kat SINI dan kalau nak di ceritakan berbezaan antara resepi ini memanglah ada dan terus terang kite lebih sukakan tiramisu yang kite buat kali ini. Mungkin sebab 1st time makan dah jenis yang menggunakan telur so tekak ni susah nak berpaling tadah kot....heehee....!

Kite belajar buat tiramisu ni masa aktiviti BAKAT masa menetap di Lumut dulu dan sejak itu terus jatuh cinta dengan tiramisu. Maka kali ni kite share resepi tu bersama ye...so kalau sesiapa nak cuba bolehlah bandingkan sendiri mana yang lebih sesuai dengan selera. Kedua² resepi yang pernah kite buat sedap cuma kite lebih enjoy dengan yang ini....

Bahan-bahannya :-
** KITE BUAT 1/2 ADUNAN DARI RESEPI DIBAWAH**
Bahan A
2 ketul Philadephia Cheese
4 biji kuning telur
3/4 cawan gula halus - ikut kesesuaian manis
Bahan B
1 liter whipping cream @ 3 kotak (200ml)
Biskut Lady finger
Koko powder
Bluberry jem secukupnya
4 sudu Nescaffe + gula - bancuh utk rendam biskut

Caranya :-
  • Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
  • Pukul whipping cream hingga sederhana kembang dan satukan dalam bahagian A. Gaul rata.
  • Celup lady finger dalam air nescaffe dan atur dalam bekas kegemaran. Letak adunan tadi cheese dan lapiskan dengan bluberry jem. Lagi banyak bluberry jem lagi sedap. Buat selang seli sebanyak 3 tingkat.
  • Tabur serbuk koko di atas atau hias mengikut kreativiti sendiri.


SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM ~~ lunch semalam sebab tak sempat nak masak yang berat² memandangkan agak bz le sikit semalam....ntah apa yang di bz kan sangat pun tak dapat nak dikesan....alasan baek punye sempena Awan Nano menang dan sebab insiden paling x leh lupa....gedebuk kat porch gara² lantai licin.....malu seiiii...!!! ada owang nampak le pulok...

Jarang² masak spaghetti style cenggini sebab agak tak minat sangat tapi memandangkan Akid suka sangat makan jenis Carbonara ni.....maka Ummi pun kena lah ngap sekali.....tapi kalau sesekali terasa sedap jugak....! Tapikan...memang sedap tau....alasan lagik..! (sebab sendiri masak...heehee...)

Jom intairesepi cara simple versi sendiri....

Bahan-bahannya :-
1/2 paket spaghetti - direbus + sedikit garam
1 botol carbonara mushroom souce -
Daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu

4 ulas bawang putih - dicincang
6 biji cendawan butang - hiris nipis
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Olive oil - untuk menumis
Daun selasih - optional

Caranya :-
  • Daging kisar ditumis garing sekejap utk buang sedikit air daging tu. Ketepikan
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar. gaul rata.
  • Kemudian masukkan sos carbonara + sedikit air jika terlalu pekat.
  • Perasakan garam dan letak lada hitam.
  • Bila nak makan gaulkan spaghetti dan bolehlah dihidangkan dengan sedikit hirisan daun selasih jika suka.


IKAN TONGKOL SAMBAL LADA

IKAN TONGKOL SAMBAL LADA satu masakan yang ringkas jer dan senang nak buat. Ikan tongkol ni cukup mudah nak dapat kat Kuantan ni maybe sebab orang sini suke makan singgang serta kat sini popular dengan nasi dagang, nasi berlauk maka kalau nak cari yang segar tu memang mudah le sangat.

Tak tau nak masak apa selain singgang atau kicap maka kita cuba buat yang simple macam ni. Ternyata rasanya tak mengecewakan malah memang laju jer makan. So kalau nak cuba yang senang dan ringkas ni....jom intai macam mana nak buat....

Bahan-bahannya :-
3 keping isi ikan tongkok - goreng separa masak
6 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
10-12 biji cili padi - ditumbuk
1 keing asam gelugur
1 batang serai - dititik
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa.
1 labu bawang besar - dihiris kasar

Caranya :-
  • Ikan di gaul garam kunyit dan goreng separa masak.
  • Tumis serai hingga wangi dan masukkan bahan tumbuk. masak hingga sedikit garing.
  • Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugur. masukkan ikan dan bawang hiris. Masak sekejap. seimbangkan rasa.

Monday, January 30, 2012

BUBUR NANGKA CANDIL WARNA WARNI

BUBUR NANGKA CANDIL WARNA WARNI ~~ bubur adalah antara yang kite suka sangat. Boleh dikatakan selalu jugak lah masak dan mesti buat kalau bulan puasa. Bila masak bubur mesti hati tersentuh sebab ini antara kegemaran arwah abah.....arwah abah memang suka makanan manis² cenggini...

Kali ni kite cuba masak bubur nangka bersama candil pulak. Sebenarnya candil ni boleh dicampur dalam pelbagai variasi jenis bubur, memang sedap bila makan...terasa kenyal² dan enak sangat....kali ni kena pulak dengan rasa manis² masam nangka tu....bertambah nikmat rasanya....kalau sejuk lagi best tau...!!

Apapun kite tepek jugaklah resepi mudah ni untuk rujukan bersama kan....walaupun senang jer tapi mana tau lain orang...lain cara membuatnya....tak gitu...??

Bahan Untuk Candil :-
1 1/3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam dan gula
air secukupnya
beberapa titis pewarna yang digemari

Caranya :-

  • Satukan air, garam dan gula. kacau agar gula larut.
  • Masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul hingga sebati.
  • Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian yang perlu untuk berapa warna yang dikehendaki. Kite buat 3 warna
  • Ambil secubit dan gentel bulat kemudian dileperkan sebesar duit seposen.
  • Rebus air hingga mendidih nak masukkan candil yang digentel tadi. Bila timbul bolehlah diangkat dan rendamkan dalam air supaya tak melekat.
Bahan Untuk bubur :-
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan santan cair
6 ulas nangka - disiat kecil
1 ketul gula kabung
1/3 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
Secubit garam

Caranya :-
  • Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan isi nangka, candil dan masak dengan api perlahan.
  • Masukkan santan pekat dan secubit garam.
  • Bila dah naik wap bolehlah ditutupkan api.


BETIK TUMIS AIR DAUN SELASIH

BETIK TUMIS AIR DAUN SELASIH antara lauk yang membawa seribu kenangan terindah sebab ini antara lauk kegemaran arwah mak...dan masih teringat lagi 1st time kite masak lauk ni masa mak tengah sakit dan mak minta kita masak sebab teringin sangat. Masa tu memang kite tak tau masak walaupun lauk sesimple ini....so mak ajar....aduhhhh...nak menangis rasa bila teringat detik itu....

Masakan yang sangat simple dan mudah sangat nak buat, kalau demam pun selera tau makan lauk begini, kena gabungan sambal belacan, ikan kering....fuhhhh terus kebah demam di buatnya....harum jer dengan aroma dari daun selasih tu memang mengamit selera......

Bahan-bahanya :-
1/2 biji betik sederhana besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit daun selasih
Sedikit air - ikut sukatan kuah yang di kehendaki.
garam perasa

Caranya :-
  • Tumbuk semua bahan di atas kecuali daun selasih
  • Rebus bahan tumbuk bersama sedikit air. Bila mendidih masukkan betik dan daun selasih
  • Seimbangkan rasa.




ASAM PEDAS AYAM

ASAM PEDAS AYAM antara lauk yang sinonim dengan orang Johor dan juga lauk kegemaran kite. Kalau seminggu tak pekena asam pedas...gigil lutut. Memang kerap jugaklah kita masak asam pedas ni....bukan apa sebab memang suka...nak buat macam mana kan Bedah...! Layan jer lah...

Memang best kalau dibubuh nenas atau pun sawi jeruk asin tu...ikut kegemaran masing² tapi kite bubuh bendi atau bunga kantan sebagai pemangkin rasa dan penambat selera kite...mana² pun okeh jer. Kuah tu boleh juga guna sebagai pencicah untuk jemput², roti mahupun lempeng....memang best!!! Kalau kite teramatlah suka menghirup kuah asam pedas ni....tabiat semula jadi..

Bahan-bahannya :-
5-6 ketul isi ayam
1 genggam daun kesom
1 batang bunga kantan
2 batang serai - dititik
1 cawan jus asam jawa
6 sudu besar cili kisar
Garam
Air secukupnya

Bahan kisar @ tumbuk halus :-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 biji buah keras
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3/4 camca teh lada hitam

Caranya :-
  • Garam kunyitkan ayam dan goreng separa masak.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  • Masukkan ayam dan biar sehingga ayam agak kecut sedikit dan tambahkan air mengikut sukatan kuah yang dikehendaki. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan lada hitam.
  • Masukkan air asam jawa dan perasakan garam. Seimbangkan rasa dan masak hingga kuah mendidih. masukkan bendi dan tutup api.

Sunday, January 29, 2012

TART TELUR PORTUGIS

TART TELUR PORTUGIS jatuh hati nak buat semenjak terlihat rakan blogger Tina buat dan bertambah semangat nak buat bila malam tadi masa nak keluarkan telur dari bekasnya tertiba terlepas dari pegangan.....gedebuk jatuh...nasib agak baik sebab telur tu still dalam casingnya...bila check hanya 4 biji yang retak.....terus berdesut kat fikiran nak buat tart ni.....panjangkan cerita bagaimana terhasilnya tart ni....sadis sungguh jalan ceritanya...!

Bagi tekak kite memang sedap sangat² tart ni....mendapat pujian dari orang tersayang adalah sesuatu yang menambahkan lagi semangat nak memasak. Sedap sangat kalau makan panas² dan bila sejuk tu agak kurang sikitlah....tapi trust me...kalau buat ni sure tak sempat sejuk udah licin....

Kalau nak tahu sedap atau tidak kena lah cuba buat ye...kang ku war² kan kata sedap....ada pulak yang buat nanti kata...tak sedap pun....so nak ku tekankan kat sini lagi ye ....tekak kita tak sama, pastinye selera pun tak samakan... Berkali ku kata padamu, Kita singgah di dunia yang sementara....ehhhh...melalut le pulak...so kesimpulan jalan cerita, manusia ni perlbagai dan pelbagai juga citarasa jadi janganlah salahkan resepi bila kata x kena dengan selera tetapi haruslah salahkan anak tekak sendiri ya, faham tak murid²....? bagus kalau faham ye.... apakata kita skodeng resepi mudah dan tak mengecewakan ini...ternyata memang best...!

Sumber Resepi : Cerita Tina & Norsha
Resepi Asal : Zkinda mz Myresepi
Bahan-bahannya :-
1 paket puff pastry - kite guna jenama KAWAN

Bahan-bahan untuk filling :-
1 cawan susu cair @ susu segar - kite guna susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus - kite guna 3/4 cawan saja.
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard kite bubuh 2 sudu besar
1/2 sudu kecil vanilla esen

Caranya :-
  • Ambil sekeping puff pastry dan tekan² puff pastry tu dalam ramekin atau bekas kecil. (Kite gelek puff tu seperti Norsha buat - supaya nipis so bila masak nanti ia tak terlalu mengembang dan menyebakan adunan telur membuak tumpah.)
  • Jika buat dalam mould tart, sekeping puff pastry tu boleh dapat 2 biji tart telur so kena kerat. Kalau guna ramekin sebijik ramekin untuk sekeping puff pastry.

Untuk Filling :-

  • Pukul manja gula dan telur biar sebati
  • Masukkan kesemua bahan filling dan kacau sebati kemudian tapiskan adunan filling tu.
  • Tuangkan kedalam acuan yang diletakkan pastry tadi dan bakar dengan suhu 190 selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
  • Selamat mencuba.

Ini le rupe pastry puff yang kite gunakan....

Saturday, January 28, 2012

LEMAK PUCUK PAKU

LEMAK PUCUK PAKU~~ lama jugak tak masak pucuk paku ni walaupun hasrat hati nak masak pucuk turi sejak tengok kenalan fb masak semalam tapi melilau satu pasar besar Kuantan tak le terpandang daun turi tu....tak nampak atau memang tak ada tak buleh nak di putuskan....sebab mata ni pun kan leh percaya....maklum le semenjak meninggalkan alam 30-an ni....heehee...sendiri mau ingat lah ye....

Masakan yang ringkas namun sesekali pekena dengan sambal belacan, ikan kering dan ulam-ulaman....sure selera diet pun terkubur macam tu jer kan....okey x moo bebel lagi...jom tengok versi Lily Talib masak okey.....kalau nak buah udang pun lagi sedap namun memandangkan Tuan besar dan Puan besar ni agak sensitif makan udang maka guna ikan bilis pun sodap...!!!! alasannya...masak guna apa pun kalau dah air tangan tu sedap....sedap jugak kan.....ecehcehhh...bukan memuji diri....benornya dan legakan hati sebab tak leh makan udang selalu.....!!!! huhuhu....

Bahan-bahannya :-
2 ikat pucuk paku
2 cawan pati santan
3 cawan santan cair
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk halus
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
Segengam lebih ikan bilis
2-3 batang cili padi - nak pedas tambah sendiri.

Caranya :-
  • Siang pucuk paku. bersih dan toskan.
  • Satukakan bahan tumbuk dan serai bersama santan cair. kacau agar tidak pecah minyak.
  • Bila dan agak² nak mendidih masukkan pucuk paku, asam gelugur dan santan pekat.
  • Kacau dan seimbangkan rasa. Kacau hingga mendidih.
  • Bolehlah dihidangkan.


Wednesday, January 18, 2012

ASPARAGUS

ASPARAGUS sayur yang kadang² kite jumpa dan tak pernah masak kecuali makan yang orang lain masak. Semalam ke Giant sekali terpandang....segar² dan terdetik nak cuba masak sendiri. Setelah ditanya beberapa rakan dan mereka suggest goreng guna bawang putih dan butter serta udang sahaja....so apa lagi...kita pun cuba lah...

Memang enak dan terasa lemak butter tu....akan beli selalu lah kalau jumpa tapi ada kenalan info tak leh makan selalu.....ada rahsia disebalik rahsia....apapun asparagus ni memang sedap. kalau grill ikan makan bersama pun....lazat kan...??? nanti kena cuba...nak cari salmon dulu....waaa.....gedikksss!!!

Bahan-bahannya :-
Sebungkus asparagus - dalam 25-30 batang
3 ulas bawang putih
7-10 ekor udang
2 sudu butter

Caranya :-
  • Cairkan butter dan tumis bawang putih hingga naik bau,
  • Masukkan udang dan kacau sebentar.
  • Masukkan aspargus dan kacau sekejap jer...jangan layu sangat nanti hilang kerangupan asparagus itu.
  • Sedia untuk dihidang.....makan.

PUDING ROTI PELANGI

PUDING ROTI PELANGI, memandangkan cuaca hari ni memang lah tersangat terik kat Kuantan ni menggantikan minggu lepas yang hujan tak henti² maka makanan yang sedap ke laluan anak tekak dengan cuaca panas ni adalah puding....sejuk dan nyaman jer bila makan...

Dah lama simpan resepi ni sejak terlihat kenalan fb Tina Othman buat puding ni....tersangatlah cantik hingga mengugat selera nak makan....sedap dan senang sangat nak buat. Sesuai kalau buat di majlis² meraikan tetamu....jom intai resepi mudah dan tak mengecewakan ini....!

Resepi Asal : Kak Nor Secubit garam
Sumber Resepi :
Cerita Tina
Bahan- bahannya :-
1 paket (10gm) agar agar serbuk
1 liter/4 cawan air
9 sudu besar gula -kite bubuh 7 sudu sahaja.
4 keping roti gardenia - dibuang kulit
300 ml susu cair
1 biji telur
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros - tak letak
1 sudu esen vanila - kite tambah
pewarna yang disukai

Caranya :-
  • Masak air bersama serbuk agar-agar dan daun pandan sehingga agar-agar larut kemudian masukkan gula. Masak lagi hingga mendidih.
  • Kisar roti bersama susu cair dan telur hingga halus.
  • Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan)
  • Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati. Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna yang disukai.
  • Curahkan adunan hijau kedalam loyang hingga habis, diikuti kuning dan merah
  • Sejukkan dan siap untuk dihidang.
  • kalau nak belangkan pun boleh, cuma kena cepat sikit sebab agar agar cepat beku.


Thursday, January 12, 2012

PARPU TELUR

PARPU TELUR dah lama nak cuba resepi ni sejak terbaca kat GBS, memandangkan kite jarang² masak guna parpu @ kacang dhal ni, maka semangat nak mencuba tu luar biasa sikit.....alasan tak tau nak masak apa selain dalca....buleh terima alasan cenggitu...???

Kite dapat resepi ni dari kenalan fb ~~ Liza Itam....tq ehhh sebab kongsi resepi ni...sedap dan buleh makan dengan nasi or cicah roti....simple but delicious....kalau nak tau sedap or tidak....jom intai resepi mudah lagi ringkas dan cuba sendiri okey...!

Sumber Resepi : Liza Itam
Bahan-bahannya :-
1/2 cawan parpu @ kacang dhal - rendam semalaman
Sedikit santan - ikut suka kepekatan kuah yang digemari
3 biji telur
3 biji bawang merah - hiris halus
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil halba campur
2 helai daun kari
3 biji cili kering - di potong serong
1 batang carrot - optional

Caranya :-
  • Rebus parpu hingga lembut.
  • Masukan rempah kari . Masak hingga rempah masak dan bergaul sebati dengan parpu. masukkan santan dan kacau agar tidak pecah minyak. Masukkan carrot.
  • Pecahkan telur dan biar telur masak. Jangan kacau nanti telur hancur.
  • Dalam kuali lain, tumis bawang, daun kari, halba campur, cili kering hingga naik bau. Simbahkan dalam kuah parpu tadi. Didih tutup api.

Monday, January 9, 2012

OAT CRIPS COOKIES

OAT CRIPS COOKIES ~~ rajin betul mencookies semenjak dua menjak ni ye...bukan apa bila sesuatu yang kite buat mendapat sambutan hangat penguni rumah memanglah semangat tu membuak² nak membuat. Antara kudapan yang lalink kite suke....so rajin le sikit kalau dah di minta untuk buat....tak gitu...????

Kali ni kite cuba resepi Mak lang Azie ni, tak mengecewakan juga rasanya tapi maaf ye Mak Lang ada derhaka sikit kat resepi tu....kite tambah white chocolate dalam bancuhan cookies tu. Alasannya sebab memang suka kalau cookies ada bahan tersebut...bila makan tu terasa kelainan sikit....buleh ke terima alsan begitu....boleh jer kan...sebab ikut selera sendiri....

Sumber Resepi : Mak Lang Azie
Bahan-bahannya :-
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
70gram white chocolate - dipotong kecil - kite tambah
badam nips - kite tambah
Chocolate chips - kite tambah

Carannya :-

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.

Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Masukkan white chocolate dan gaul rata.

Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Kite tak terap just sudukan 1 sudu kecil dalam dulang pembakar.

Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit (kite bakar 18minit) atau sehingga rangup.



Sunday, January 8, 2012

SWEET SUGAR BUN

SWEET SUGAR BUN kite buat petang semalam untuk juadah minum petang. Buat bun kosong jer sebab senang nak makan dengan apa jua yang terlintas, nak cicah kopi O ke kari ke....semua buleh. nak sapu jem or makan kosong macam tu tetap terasa nikmatnya....

4 ketul tu kita saje tabur chocalate rice untuk menarik minat jejaka Idaman malaya kite sorang tu untuk makan....budak fussy ni susah nak ikut seleranya....kalau berkenan dimata...makan lah Akid tu....kalau tak paksa macam mana pun...tetap digeleng kepalanya....paling tak tahan dialog berbisa... '' tak shedap ''walaupun belum rasa secubit pun.....memang fussy sungguh Akid ni..! Tapi setidak²nya berjaya jugak suh Akid makan seketul....

Bahan-bahanya :-
500gram tepung roti -(tepung high protein)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti
3 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 sudu bread improver
2 sudu shortening
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
220ml air suam
Sedikit gula atau chocalate rice untuk topping

* untuk gliss*
egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya :- ( Doh Roti)
  • Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
  • * kalau doh sedikit lembik...selepas tumbuk keluarkan angin tu taburkan sedikit tepung dan uli sedikit...sekadar agar doh x melekat...
  • Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, atau chocalate rice dan akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba





Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...