Wednesday, February 15, 2012

APAM PISANG COKLAT URAI

APAM PISANG COKLAT URAI ~~ Pepagi masa buat bw macam biasa terus tergoda bila singgah kat rumah Kak Azlita. Tergoda nengok apam tu dan lebih mengoda dengan gambar² yang cantik sangat tu. Memang tak terbuatlah macam tu sebab kena beri komitmen sepenuhnya dan yang penting kreatif.

Okey back to cerita bab apam pisang ni, memang sedap dan lembut sangat bila makan. Selalu apam kan berat tapi apam ni memang lembut dan sedap dimakan begitu saja atau berulamkan kelapa pun okey jer dong....sama jer sedapnya. Ikut selera memasing.

Kite buat ikut adunan macam resepi Kak Ita, ianya memang sedang molek dengan keluarga kecil kite....so pada yang keluarga besar tu boleh lah di gandakan adunan tu. Kite buat dapat dalam 15 acuan comey² tu. Kalau buat dalam papercup comey² tu pun molek untuk majlis² tertentu....

Okey jom intai resepi mudah dan sedap ni. Anak² pasti suke kalau makan. Thanks Kak Ita sebab share resepi mudah dan ringkas ni.

Sumber Resepi : Masam Manis
Bahan-bahannya :-
5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dalam 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang - kite tak bubuh
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Sedikit kelapa putih - digaul garam dan kukus sekejap - opitional

Caranya :-
  • Panaskan kukusan. Balut tutup kukus dengan kain
  • Sediakan acuan kecil atau loyang, Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak
  • Lenyek pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan.
  • Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder. Kemudian ayak ~ ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak. Pukul adunan sehingga pekat dan berkerim. Kemudian masukkan adunan pisang yg di lenyek tadi. Kacau sebati
  • Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
  • Keluarkan apam dari acuan setelah masak. Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam. Enak juga di makan begitu sahaja.
  • Selamat mencuba

2 comments:

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...