NASI AYAM IPOH menjadi pilihan untuk di hidangkan buat keluarga tersayang. Dah lama simpan hasrat nak buat nasi ayam ni...maka dengan penuh keyakinan serta kerajinan gitu...kite buatlah...senang dan tak di nafikan memang sedap....
Anak kite jejaka idaman Malaya pun bertambah makan kali ni....pastu tengah makan tuan tanah call.....Akid siap cakap...dah...sedap ummi masak.
(Mungkin Abinye bertanya dah makan ke belom...butir bicaranye gitu lah anggapan kite ...) bangga gitu mendapat pujian dari anak seusia 3 tahun...
Okey jom intai resepi sedap ni....
Sumber Resepi : Kak Azlita Masam ManisSup Ayam :-Air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
- Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga didih.
- Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan. Ketepikan ayam.
- Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
- Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa. Masak hingga didih.
- Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.
Ayam Bakar atau Goreng :-1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
Caranya :-- Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
- Masukkan bahan yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk, kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang 1/2 jam.
- Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
- Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Nasi Ayam :-4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Caranya :-- Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
- Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
- Tutup periuk nasik dan tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Cili Merah :-10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
Caranya:-- Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi dan kisar halus.
- Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Cili Kicap :-5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh dgn air secukupnya - utk memekatkan
Caranya :-- Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
- Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.