Tuesday, April 12, 2011

AIR TANGAN ISTERI....POWER!!!!!

Air tangan isteri pengikat kasih...masakan mana lagi sedap...ISTERI atau MAMAK...????

Kita selalu yakin bahawa apa yang disediakan oleh seorang isteri itu adalah yang terbaik buat para suami....kerana bagi kita peranan mengikat kasih dan menyimpul sayang sebenarnya adalah ada di tangan isteri...!!!!

Kita pun bukanlah pandai sangat memasak...tak lah sehebat Chef Wan atau Chef Ismail tapi semangat mencuba meluap-luap serta sebenarnya tak ada korje....maklum lah suri rumahtangga sepenuh masa....tak kan le asyik nak makan luor jerk....tokey balak pun boleh bankrup...ye tak gituuu...???

Kita masih ingat lagi kenangan 16 tahun yang lalu......wooooo....jauh tu nak kena imbau......seminggu lepas bergelar isteri kita duduk depan mak kita sambil menanyakan resepi asam pedas, kari....malah sup dan singgang pun mintak resepi....maka boleh dibayangkan betapa pandainya kita ke dapur ketika itu...(anak gigi bongsu...tau makan jerkk!!!!), kita salin apa yang mak kita bagitahu...dan resepi itulah kita gunakan sebijik-sebijik bila masak untuk suami kita....(sampai sekarang kita simpan buku resepi tu....dah pudar pun tulisan tu, maklum le tulis dengan pensel...)

Namun semangat untuk pandai masak malah keinginan mencuba membuatkan kita kini boleh lah memasak apa yang kita ingin kan....bangga uuu....memang bangga....apa yang paling membanggakan bila sesekali suami kata.... '' walau macam mana banyak pilihan lauk kat kedai, sesedap mana lauk kat kdai..... makan ayang masak dan dirumah lebih menyelerakan.....'' (masa tu kita hanya masak ayam goreng berempah, sup sayur dan sambal belacan serta ikan kering jerk...!!!). terasa mcm nak nak bagi kiss jer kat suami masa tu....kembang kuncup hidung menahan suka....control ayu la gituuu....!!!!

Pada kita tak kiralah sesibuk mana pun para isteri...pasti akan memasak sekali sekala dan percayalah air tangan walaupun seminggu sekali tu pun POWER tau untuk buat para suami mengidam masakan kita dan berbangga jika dihidangkan dengan sentuhan air tangan isteri....betul takkk..???

Sesedap sedap masakan pembantu rumah, sedap lagi masakan isteri....sesedap mana masakan mamak...power lagi masakan isteri. Kita masih ingat pesanan arwah mak...malas macam mana pun...masak walaupun hanya goreng telur mata kerbau....air tangan isteri ni adalah pengikat kasih penyambung sayang....bagaimana agaknya kasih suami boleh dikekalkan sekiranya air tangan mamak atau pembantu rumah lebih banyak masuk ke dalam perut suami....???? Satu renungan dan peringatan yang kita sendiri pun kena fikir sedalam-dalamnya......!!!!!

Pssttt...nak khabor ni..
Kita pun masih belajar dan akan terus belajar supaya terror masak mcm mak kita...rindu masakan mak...

4 comments:

  1. betul tu.. dulu ibu jua selalu berpesan, kalau malas sekalipun.. masaklah jugak walaupun telur goreng. Tidak salah untuk makan luar sekali sekala, tapi percayalah bila isteri dah setiap hari masak dengan penuh kasih sayang, kalau isteri tak masak walaupun sehari mesti suami akan merengek nak merasa air tangan isteri tu.

    ReplyDelete
  2. betul farah...akak pun x lah pandai sgt masak, tapi setiasa ingin belajar dan memperbaiki mana yang perlu...apa pun lelama nanti pandai, tak gituuu..???

    ReplyDelete
  3. stuju2. sbb tu walaupun kc sibuk dgn 'workout' dan kelas cantek mencantek .. masak-memasak utk keluarga tetap tak lupa. hihi

    ReplyDelete
  4. Ye la kak chik, mmg itu yang patutkan...kita pernah jumpa seseorang yang bekerja...mmg tahap bz giler, tapi sebelum keluar rumah masak, balik masak...terus fikir..kalau dia yang kerja boleh buat..nape kita yang dok rumah liat nak buat...so pelan2 berubah...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...