Friday, April 22, 2011

MARAH, GERAM, SAKIT HATI, BENCI...!!!!

Kurang ajar dan tiada sifat kemanusiaan apatah lagi naluri keimanan....!!!! Ungkapan yang tepat atas perbuatan seorang anak menantu ke atas mertua yang tersiar di Metro semalam (Khamis 21/4/2011). Dimana nilai kasih seorang anak terhadap orang tua. Ibu kandung mahupun ibu mertua statusnya sama di sisi Allah....


Klik untuk tumbesaran sihat ye...!!!

Marah, geram, sakit hati, benci dan pelik kenapa harus ada manusia yang berhatikan binatang...binatang pun punyai sifat-sifat kasih dan sayang. Sukar nak digambarkan perasaan seorang ibu diperlakukan sebegitu kejam.

Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa begitu jugak keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa redha kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As r.a., bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya diantara dosa-dosa besar ialah seseorang itu melaknat (mencaci maki) kedua-dua orang tuanya (ibu bapanya), ”
lantas ditanyakan kepada baginda: “ Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang boleh melaknat (mencaci maki) ibu bapanya sendiri..? ”.
Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Seseorang melaknat (mencaci maki) ibu atau bapa orang lain (kerana sebab-sebab tertentu), maka orang tersebut membalas cacian itu dengan mencaci maki (melaknat) ibu bapa yang mencacinya ”.

Mencaci ibu bapa orang lain, serupa mencaci ibu bapa sendiri. Seseorang mungkin tidak menyedari bahawa dengan mencaci maki ibu bapa orang lain juga dikira seolah-olah mencaci ibu bapa sendiri. Itu semua tidak sepatutnya berlaku di kalangan orang-orang yang mengaku beriman kepada ALLAH dan hari akhirat.


** Kasihnya ibu membawa ke Syurga.....sesungguhnya syurga itu ditelapak kaki Ibu...**


3 comments:

  1. teruk nye laki tu, mental ke ape haisss

    ReplyDelete
  2. Ilan & Asyifa : Ye kot. Sukar nak gambarkan org yang waras bertindak sedemikian. Satu perbuatan yang tak boleh diterima akal..!!!!

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...