Friday, April 22, 2011

LAKSAM PENAWAR RINDU

Alhamdulillah, hasrat nak buat laksam akhirnya tertunai jugak....dah 2-3 hari plan tapi ada jer aral melintang pauh....tu yang gatai buh tajuk LAKSAM PENAWAR RINDU....saje jerk nak bikin gempak...!!!! Kira macam rindu dendam tertunai lah kan...kan... waakakakaa...

Resepi laksam ni kita dapat dari kenalan lama yang berasal dari Trengganu kita...maka setiap kali kita buat...inilah resepi yang kita gunakan. Kira menepati citarasa tekak sekeluarga lah kiranya....

Kalau nak buat untuk bekfes, tepung laksam tu boleh dikukus malam dan letak dalam bekas berjaring supaya tak mudah basi. Pagi tu tinggal masak kuah jer....senang kan..??? Pada yang nak mencuba sila skodeng resepi di bawah ye...!!!

BAHAN KUAH LAKSAM :-)
3 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1 keping asam gelugor *
3 cawan air *
4 cawan santan - 1 biji kelapa putih
4 biji bawang merah
1 sudu teh lada hitam - tumbuk halus - kalau nak lebih pun boleh
1 biji Limau nipis

BAHAN UNTUK LAKSAM :-
1 bungkus tepung beras - kita guna yang 1/2 kilo
6 cawan air

BAHAN LAIN :- Ikut selera masing-masing nak bubuh apa.
Laksam secukupnya
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan kobis
Hirisan daun kesom
Hirisan kacang panjang
Hirisan bunga kantan
Hirisan dauh selasih
Sambal belacan ( 5-10 biji cili merah + belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau nipis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSAM :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda * hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Tumbuk isi ikan.
  2. Masukkan isi ikan, santan dan bawang merah yang ditumbuk. Masak hinggah mendidih dan bubuh lada hitam dan garam secukup rasa. Dah mendidih tutup api dan perah limau nipis.

  1. UNTUK LAKSAM :- Satukan tepung beras bersama air dan kacau jangan sampai bergentil. Nak senang blender jer.
  2. Panaskan kukusan dan sapu minyak sikit di tudung periuk. Sendukkan 1 sendul. Kukus dalam 2-3 minit. Bila dah gelembung tu kira dah masak. Gulung seperti dalam gambar diatas. ulangi proses sampai habis bancuhan tu.
Dah siap semua, gunting laksam dan taburkan bahan-bahan hirisan dan sambal. Tuang kuah dan siap untuk di makan....mudah jer kan...!!!!


** Selamat mencuba anda pasti menjilat jari....memang sedap...!!!! **

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...