Korje...!! korje..!! korje...!! tentu ramai yang tak ada mood bila tibanya Isnin....kecuali Pn Shiela Firdaus sebab hari ni dengar cerita boss dia MC (tentu SF tengah berdansa, tak pun kaki atas meja sesambil update status..)....wakaakakaa... jangan marah okkk!!
Kang KITA BAKO.. KITA BAKO...!!!!
Kang KITA BAKO.. KITA BAKO...!!!!
Tidak kira lah apa pun pekerjaan anda...doktor ke.., lawyer ke...pemuzik ke...apa...???? pemuzik...!!! pantang keturunan aku berkahwin sama pemuzik....laaa...mengarut le pulak...tak kisah lah kan asal kita lakukan yang terbaik setiap kerja itu untuk kepuasan diri kita sendiri... betul tak...???
Kat sini kita nak kongsi satu cerita dimana seorang wartawan menemuramah 3 pekerja di sebuah tapak pembinaan...:-
Kat sini kita nak kongsi satu cerita dimana seorang wartawan menemuramah 3 pekerja di sebuah tapak pembinaan...:-
- Wartawan : Awak sedang buat apa..??
- Pekerja 1 : '' Apa awak buta ke..? Tak nampak, saya sedang simen rumah ini lah '' (Wajahnya masam mencuka)
- Wartawan : Awak sedang buat apa..??
- Pekerja 2 : '' Saya sedang menandatangani cek gaji saya '' (wajahnya selamba)
- Wartawan : Awak sedang buat apa..?
- Pekerja 3 : '' Saya sedang membuat rumah untuk orang yang tidak punya rumah. Saya dapat bayangkan sebuah keluarga akan tinggal di rumah yang saya sedang buat ini. '' (Sambil tersenyum ceria..)
Tentu anda setuju kalau dikatakan pekerja ketiga ialah pekerja yang cemerlang....walaupun ketiga-tiga membuat kerja yang sama, di tempat yang sama dan diajukan soalan yang sama... tetapi pandangan mereka terhadap pekerjaan mereka tidak sama...ini menunjukkan bahawa faktor pekerjaan bukan menentukan keceriaan atau kemuraman seseorang, tetapi itu semua ditentukan oleh tanggapan kita terhadap pekerjaan tersebut.
Maka marilah kita lakukan apa jua pekerjaan kita dengan sempurna, ikhlas tanpa mengharapkan balasan serta pujian...(kecuali untuk kenaikan gaji dengan bonus okk!!....penting tu....wakaakaa...) kerana bukankah kerja itu merupakan satu ibadah...
** Pssttt...nak khabor ni...kita kerja juga tau...CEO rumahtangga...lagi hebat tau dari CEO kat KLCC tu sebabnya semua kerja kita buat..mengemas, membasuh, menyusun atur perabot, memasak hinggalah mencari lipas bawah peti ais semua kita uruskan... jangan tak tahu...tahi cicak kat palang tingkap pun di bawah bidang kuasa kita...!!!! ** HEBAT kan...???
No comments:
Post a Comment