Thursday, April 21, 2011

CINTA DI AKHIR USIA


Gambor ihsan Google...okk!!!

Benarkah sudah menjadi lumrah, semakin lama usia perkahwinan, semakin kendur ikatan kemesraan...??

Usia empat jari atau lima jari pada kita adalah sesuatu yang tidak dapat di elakkan...sekiranya mengurung diri dalam peti sejuk pun, usia pasti tidak dapat dikurangkan. Hakikatnya ialah setiap tahun usia sudah semestinya meningkat tetapi percayalah....peningkatan usia tidak semestinya mengendurkan kasih sayang suami terhadap isteri begitu jugak sebaliknya.

Pada kita sebahagian besar suami kini lebih sayang kepada isteri yang melewati usia. Lama tempoh perkahwinan, berbagai dugaan ditempuhi, onak duri di harungi pasti dengan sendirinya mengingatkan para suami berfikir berkali-kali untuk memutuskan ikatan tersebut....walaupun tidak kesemuanya permikiran begitu...al maklum lah...zaman sekarang ni pucuk muda memang mencari yang dah kertu...nak nak kalau kertu yang poketnya lebat....itu belum yang bermisai lebat...serta berpangkat Datuk XYZ....

Hakikatnya bukan mudah untuk sesiapa sahaja melupakan pahit manis ketika mula-mula membina rumahtangga dulu. Memang ada satu dua pahit yang ditempuhi, tetapi pasti yang manis-manis lebih banyak...bak kata pepatah bukit sama di daki, lurah sama di turuni. Walaupun usia sudah melewati era '' emas '' tidak perlu bimbang kerana ramai jugak dikalangan di luar sana tetap bahagia dengan pasangan masing-masing ke akhir hayat dengan tidak mengambil kira solid molid, kiut miut atau pun kecut mecut pasangannya kerana yakinlah bahawa cinta itu selalu ada di hati....!!!!!

Namun, hidup tidak selalunya indah seperti langit tidak selalunya cerah. Ya, setiap insan inginkan kehidupan yang baik dan membahagiaakan tetapi tidak semuanya yang di impikan menjadi kenyataan. Setiap kehidupan ada matlamat, kita perlu berusaha untuk mencapainya....termasuk soal hati dan perasaan. namun sebagai manusia biasa hanya mampu merancang dan kesudahannya harus pasrah serta tawakal pada ketentuan-Nya...


** Semuga cinta terus ada di hati hingga ke hujung nyawa **

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...