Monday, April 18, 2011

BAHAGIAKAN DIRIMU

Bahagia bila berduit....atau duit punca bahagia...????

Gambo ihsan google ok..

Apa itu bahagia...???? Makna bahagia ni boleh di tafsirkan bermacam-macam mengikut pandangan individu itu sendiri...dan tidak dinafikan berapa ramai orang yang kelihatan bahagia namun realitinya mereka masih mencari-cari kebahagiaan yang hakiki.

Sesetengah mengandaikan kebahagian itu boleh diperolehi dengan menikahi wanita yang cun melecun, jejaka tampan, harta yang melimpah ruah, bekerjaya serta berkedudukan tinggi. namun bila masalah timbul, ketika itu kesedaran bahawa rupa yang cantik, tampan, harta yang banyak, kerjaya yang baik...bukanlah penyebab utama memiliki kebahagiaan. Tidak dinafikan juga bahawa itu semua juga penting dalam kehidupan untuk mengecapi bahagia...kerana benar kasih sayang, cinta separuh mati, i lep u, u lep me tidak boleh mengisi perut yang keroncong atau membeli beras mahupun ikan di pasar....!!!!

Terpulanglah pada pendirian masing-masing dalam menilai apa kah itu bahagia....janganlah pula terlalu mengharapkan kebahagian akan diperolehi kiranya kita berduit....kerana bagi kita duit bukanlah segalanya....walaupun sekarang ni semua perlukan duit...nak masuk toilet pun kena bayar 20 sen weiii....!!!!

Sekadar mengingatkan diri sendiri supaya tidak terlalu taksub dengan duit hanya kerana ingin bahagia...kerana bagi kita duit boleh merubah sikap serta peribadi seseorang...duit boleh menghilangkan harga diri seseorang...duit boleh melupakan asal usul seseorang...duit boleh menyebabkan seseorang lupa diri...duit boleh menjadi punca hilang kawan...duit boleh buat persaudaraan terputus dan duit juga boleh membuatkan seseorang hilang bahagia yang sedia ada kerana mencari bahagia lain...!!!!

Kebahagiaan itu boleh diperolehi kiranya kita mencari bahagia itu dengan mengikut kemampuan kita...bahagiakan dirimu dan berkongsilah rasa bahagia itu. Insya-Allah, kebahagian dan ketenangan akan senantiasa memayungi, kerana bahagia sebenar adalah dari jiwa kehambaan yang sejati...!!!!

BOOM : Jangan peluh ketiak ok...baca entry panjang lebar ni...sekadar berkongsi apa yang difikir dan dirasa....!!!! Bukan menilai...sekadar renungan serta peringatan untuk diri sendiri agar tidak terus hanyut dengan dugaan serta cabaran kehidupan ini.....!!!


** Muga kebahagiaan milik setiap insan....!!!!! **



2 comments:

  1. bahagia pada kc bila memiliki ketenangan jiwa dn minda. bkn 'material' semata-mata.

    ReplyDelete
  2. Betul tu KC...setuju sgt namun x semua berfikiran begitu...duit penentu bahagia mereka...huhuhu...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...