Apa kaitan insomnia dan buah ceri....???? Kita tertarik dengan satu artikel yang kita baca tentang insomnia dan kita rasa boleh dikongsi bersama pada semua tentang Insomnia. Rasanya semua orang tahu Insomnia ni merupakan satu penyakit sukar tidur malam atau kerap terjaga malam. Bagi pengidap Insomnia tentu tak lain tak bukan tidur adalah masalah utama yang dihidapi setiap malam. Artikel terbabit menyatakan amalan minum jus buah ceri sebelum tidur dapat mengurangi masalah Insomnia. Malah kajian telah terbukti menyatakan bahawa pesakit Insomnia yang mengamalkan minum jus buah ceri dapat menikmati kualiti tidur yang lebih baik. Satu amalan yang mudah diamalkan malah rasanya dapat membantu sesiapa yang menghadapi masalah sukar tidur....kita pun adakala sukar nak tidur malam....ini boleh kita cuba untuk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan....kerana masalah sukar tidur kalau tak di rawat boleh menjejaskan kualiti hidup serta aktiviti harian seseorang...!!! bahaya kan..?? Yang penting buah ceri mudah didapati kalau nak buat jus sendiri atau beli jer jus ceri yang banyak dipasaran....betul tak...??? harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang menghadapi masalah sukar tidur malam ini. |
Monday, April 25, 2011
INSOMNIA & BUAH CERI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
No comments:
Post a Comment