Monday, April 4, 2011

HITAM PUTIH

Jom kongsi bersama....ini untuk peringatan diri sendiri jugak dan kita pun berharap agar kita dapat melaksanakan ini buat jejaka idaman malaya yang satu satunya itu...AKID. Semuga Akid menjadi anak yang soleh serta disenangi oleh Allah SWT dan sesiapa sahaja di sisinya suatu hari nanti.....InsyaAllah...

'' Menjadi seorang yang bijak sahaja tidak cukup untuk menghadapi dunia yang sentiasa bergolak ini. Betapa ramai anak-anak yang berjaya dalam bidang pelajaran, tetapi kecundang dalam kehidupan...''

Mungkin panduan ini dapat membantu kita dan sesiapa sahaja untuk menjadi ibubapa cemerlang...

** Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan kepadanya akan kebesaran ALLAH, tentang kejadian langit, bumi, manusia dan sebagainya....

** Bila anak dah pandai membaca, isikan dimindanya dengan ayat suci Al-Quran dan sunah Nabi SAW serta ilmu keislaman yang sebenar-benarnya....

** Bila anak dah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor talian hayat ALLAH - 2 4 4 3 4 yakni kiraan solat 5 waktu sehari semalam yang WAJIB ditunaikan oleh orang Islam.

** Bila anak dah pandai cari makan sendiri dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki dan makanan yang halal kerana hasil yang haram akan menjejaskan kehidupan sebagai seorang Islam.

** INGAT!!!!! bila kita sudah tiada nanti, anak-anak yang soleh yang kita didik inilah yang memberi manfaat kepada kita di alam barzah dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak...selain amal jariah yang kita lakukan semasa hidup...

Pada kita semua ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak...maka sesamalah saling bantu membantu, tegur menegur agar kita semua menjadi Ibubapa yang cemerlang, gemilang dan terbilang....

Kita berharap agar kita jugak tidak leka serta berusaha dalam memperbaiki diri...muga apa jua impian kita atau sesiapa sahaja akan terlaksana seperti yang di impikan.....InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...