Saturday, April 2, 2011

SAHABAT DAN KAWAN

Sahabat dan kawan..Macam serius jer kan title tu....apapun yang kita coretkan di sini hanya lah dari sudut pandangan kita ye...tak ada kena mengena bagi yang hidup mahu pun yang sudah tiada....mak aiii..!!! guna ayat power drama gituuuu....

Pada kita semua yang mengenali kita, kita anggap sebagai kawan kita dan kita happy hadirnya mereka dalam hidup kita....bangga u ramai kawan ni tau...walaupun ada yang berpendapat seorang kawan belum tentu boleh jadi seorang sahabat...tidak dinafikan kita pun setuju dengan pendapat itu kerana bagi kita makna kawan dan sahabat adalah berbeza bagi definasi kamus peribadi kita lah ye....
Namun apa pun pendapat dan pandangan kita...harap-harap kita ni menjadi seseorang yang bermakna lah dalam erti kata perhubungan persahabatan tu ye....tak gituuu...!!!

Pada pandangan kita kawan ini boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi sahabat pula di ibaratkan seumpama sebiji mutiara di antara pasir pasir itu. So susahkan nak cari mutiara di sebalik timbunan pasir-pasir di pantai...dan tidak semua orang berjaya temui mutiara itu...

Dulu kita ada seseorang yang boleh di panggil SAHABAT sebab boleh bersama dalam keadaan suka, duka, susah, senang...bak kata menerima kita seadanya tapi sekarang dah tiada lagi...dan kita akan sematkan setiap saat kita bersamanya dalam sedalamnya di lubuk hati kita....amboi amboi... mcm bunyi orang frust tertonggeng jer kan..kan..????
Kenangan itu tetap indah dalam hidup kita...dan kita hargai saat-saat bersahabat dengannya....wahhh... mode sedeyyyyy gitu...kini kita dah boleh menerima kenyataan bahawa kita dah kehilangan seorang sahabat....mode sedeyyyy giler pulak kali ni...

Oleh itu pada kengkawan yang masih ada seseorang dalam hidup yang dianggap SAHABAT mahupun KAWAN hargai lah mereka sebaik mungkin sebab bila kita kehilangan mereka, belum tentu kita akan temui penganti...walaupun yang '' patah tumbuh, yang hilang berganti...yang tumbuh dan berganti itu tetap tak akan sama.....betul takkkkk...??????

Tak kira lah apa gelaran yang kita dapat KAWAN atau SAHABAT janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat mahupun kawan.

Maka dengan itu berkawan lah dengan orang yang suka membela kebenaran kerana dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah, walaupun susah nak cari kawan yang macam tu, Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi mereka yang menghargainya.

Pada kita apa jua perhubungan perlu ada sifat KEJUJURAN dan KEIKHLASAN kerana tanpa itu tembok besar cina pun boleh runtuh tauuuu...!!!! oleh itu janganlah mengkhianati perhubunagn persahabatan yang sedia ada....kelak diri sendiri yang rugi...trust me on this!!!!

Last but not least....omputeh le pulakkkk...jadilah sahabat sejati kerana sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus...

Sebelum orang kata kita syokkkk sendiri....kita undur diri dulu ye....hingga ke temu lagi...tadaaa!!!

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...