Wednesday, April 20, 2011

PENGHUJUNG RINDU


Gambor insan google ok..!

Kali ni kita nak kongsi minat kita pada artis di atas...rasanya sume orang kenal kan dengan Jamal Abdillah....punyai suara yang best pada kita. Kita ni antara peminat tegar Jamal Abdillah....jangan marah ok...memang minat gilosssss...tang suara dia. Apa jua lagu yang beliau dendangkan memang tangkap lentuk lah bagi kita....bak kata suara ada umpphhh...!!!!

Tak kisah lah kalau ada yang loya nak bueekkk...bila kata kita peminat tegar Jamal. Pada kita apa jua sifat dia atau sejarah silamnya...itu adalah hak peribadi beliau dan itu antara cabaran serta asam garam kehidupan yang telah tersurat untuk beliau.....yang penting kita minat suara dia....!!!!

Walaupun tak semua koleksi album beliau saya miliki....maklum le ado yang kuar kita lum lahir lagi, namun antara lagu lagu beliau yang kita suka sampai sekarang adalah Penghujung Rindu...tak tahu kenapa suka sangat lagu tu...menusuk kalbu bila kedengaran kat halwa telinga kita ni....dah nama peminat...semua suka...tak gitu...???? Tak caya cer baca bait-bait lirik lagu ni.....tangkap syahdu kan...kan...????

PENGHUJUNG RINDU

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu


Pastinya Jamal Abdillah terus unggul dengan kehebatan suara yang beliau miliki dan pada kita Jamal tetap artis yang miliki suara yang bagus.......puji lebih nampak....tak kisahlah kan, bukan kita dapat royalti abum Jamal pun.....dia pun idaknye kenal kita....huhhhuhu....!!!!


Nak BAKO ni : Kita tak minat langsung dengan MAWI....sorry yekkk peminat Mawi...!!! errkk!!

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...