Tuesday, April 26, 2011

MASIH INGATKAH LAGI....????



Gambor ihsan Google lagik..!!!

Bercinta setengah maut...berkahwin dengan orang lain....!!!
Masih ingatkah kekasih lama setelah anda dijabkabul kan...??? Bagi kita ini pastinya satu soalan peribadi untuk diperjelaskan, namun anda sahaja yang tahu jawapannya. Tapi kita tetap percaya kenangan silam pahit atau manis biasanya sukar untuk dilupakan...!!!

Istilah cinta monyet selalunya kita gambarkan semasa di alam persekolahan...cinta cintun dengan rakan sekolah pastinya ada yang mendatangkan kesan negatif....ungkapan I love u, U love me ada kala menyebabkan kita mendapat '' telur '' dalam peperiksaan. Namun rasanya cinta monyet ni tak di ambil kira sangat dalam soal hati malah mungkin kalau dikenangkan kembali tidak menyinggung perasaan sangat kot....????

Cinta pertama selalunya memang penuh dengan 1001 satu keindahan fantasi, tak ada cacat cela dalam perhubungan. Andai cinta itu tak sampai ke penghujung jalan dan tak kiralah apa jua sebabnya mungkin si dia berpaling tadah ke, si dia pergi buat selamanya akibat lumba haram ke, cinta terhalang dek kerana si dia hanya ada jongkong emas sebesar duit 20 sen sedangkan keluarga sebelah pihak lagi impikan jongkong emas sebesar KLCC....apapun penyebab cinta itu terputus atau diputuskan, ianya pasti meninggalkan kesan amat mendalam. Walau dicuba dinyahkan, ada saat dan ketikanya nostalgia silam itu pasti mengisi perasaan....mana mungkin mudah melupakan kenangan tak kala menyedut ABC dengan satu straw...tak gitu...???

Pada kita bagaimana pun wajah si dia dulu-dulu menjelma dan membisikkan kata-kata hikmat cinta di telinga.....SETIA lah pada yang ada sekarang. Ingatlah bahawa anda telah menjadi isteri mahupun suami yang sah pada pasangan anda sekarang. Yang dolu-dolu tu biarlah dalam lipatan sejarah atau geografi. Tidak dinafikan sesekali mungkin akan teringat tapi AWAS jangan cuba diselak lipatan sejarah itu.....No...No...No....Percaya atau tidak bahawa sejarah silam itu kalau diselak atau dibayangkan pasti boleh mendatangkan Tsunami dalam kehidupan rumahtangga.

Tak kira ikatan itu terbina atas dasar cinta atau tidak - ia pastinya dengan masing-masing melupakan sejarah lalu pasti sejarah baru akan indah ciptaannya. Esok masih ada untuk sama-sama menerokai alam baru...!!


Nota nak kena pelempang : Tapi ada jugak zaman sekarang ni...tak ingat sejarah lama tapi dibukanya sejarah baru dengan orang lain dengan seribu satu alasan...!!!!

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...