LAMA & BARU SALING MEMERLUKAN
Lidah yang berkata-kata lebih tajam dari mata pedang
Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing...istilah itu mengambarkan sikap saling membantu pasti dapat meringankan sesuatu. Sebagai orang baru dalam bidang penulisan blog ni pada kita amalam membantu dari yang lebih mahir dalam bidang ini amat-amatlah berharga. Tak mudah untuk orang suka blog kita dan tidak semua yang dicoretkan boleh membuatkan orang tersenyum apatah lagi menyetujui pendapat kita.
Gambor ihsan Google okk..!! Namun apa jua pertolongan atau pendapat biarlah ikhlas serta dengan niat yang baik kerana pendapat mahupun teguran itu boleh membantu menaikkan seseorang malah lebih hebat untuk menjatuhkan seseorang kerana lidah yang berkata-kata lebih tajam dari mata pedang dengan bantuan jari jemari mentafsirkan apa di fikiran...!!!! ada kala apa yang dicoretkan boleh menjadikan satu isu besar yang berlarutan hingga tak banyak sikit boleh mencetuskan kasta-kasta tertentu. Bukan istilah sentap tak boleh menerima pendapat mahupun komentar orang lain. Jangan pulak disalah tafsirkan kejujuran kata-kata kita ni ianya hanya sekadar mengingatkan diri sendiri agar jangan mudah memberi gambaran mengikut apa yang di fikiran....agar diri tidak di labelkan sebagai ' berlagak ' atau orang baru yang tak sedar diri. Mungkin akan ada yang kata...'' eerrmmm boleh le dia cakap macam tu, belum kena sembur, kutuk, sound atau apa-apa lah...terpulanglah..apa pun tepuk dada tanya iman...pasti akan tahu jawapan disebalik yang di bahaskan...tak gitu...??? Memang benar blog kita so apa kita nak tulis hak kita...namun tidak semua boleh menerima apa yang dicoretkan. Maka berhati-hatilah di jalan raya...!!!
Bagi Otai otai dalam bidang ini...pasti apa jua yang ilmu yang dapat dikongsi bersama, di berikan pasti ianya merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi yang baru.....benar bagai di kata '' Tiada orang lama maka tiadalah orang baru...'' Jangan kedekut ilmu...nanti ilmu yang ada lari....yang freshie pulak (ingatkan diri sendiri jugak) jangan segan untuk bertanya...agar tak sesat jalan dan tersasar dari landasan...!!! Yang lama jangan dilupakan, yang baru jangan mudah terlupa atau lupa diri...!!!! Nota bangga : Sebagai blogger baru sangat kewujudannya pastinya kita bangga malah terharu kalau blogger Otai link kan blog kita kat blognye. Mungkin ada yang kata perasan le tu..., tapi bagi kita ianya membantu kita sebagai orang baru dalam bidang ini dan jutaan terima kasih pada Cik Mat Gebu atas keperihatinannya terhadap blogger2 baru....sungguh kita tak percaya kalau anda tak caya singgah sini
Mungkin tak layak bagi kita yang freshie ni untuk memberi pendapat namun jangan pulak ada yang salah tafsir dan menimbulkan satu spekulasi pulak atas coretan ini...sekadar mencoretkan apa yang di fikirkan agar tidak lupa diri dan andai kata ada coretan yang mencetuskan salah faham...tegurlah dengan ikhlas...walaupun pedih bak sembilu...Insya-Allah kita akan terima dengan baik asalkan untuk kebaikan bersama...!!!!
** Makk aii peluh tiak nak baca entry panjang lebor ni ye....peluh lagi tiak yang menulis ni...waakakaa...**
|
|
|
|
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
No comments:
Post a Comment